ULASAN BULATAN GEMBIRA 8.0
Tarikh: 30 November 2013
Tempat: Mengkuang Dam, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Slot:
1) Bedah lirik lagu "Awan Nano" nyanyian Hafiz AF dan "Bila diri disayangi" nyanyian Ukays.
2) Radical Discussion: "Pertubuhan Mahasiswa UiTM Penang lemau dan lesu: Sejauh mana kebenarannya?"
BG
8.0 kali ini agak meriah dengan kehadiran wakil-wakil persatuan dalam UiTMPP
sendiri. Jelas terpancar pada setiap wakil persatuan akan keinginan untuk
melakukan sesuatu pada persatuan masing-masing juga kedahagaan pada pencerahan
dan pembaharuan.
Di awal pertemuan, telah diadakan slot Bedah Lirik Lagu bertajuk 'Awan Nano'
yang telah dikarang liriknya oleh Hasmi Hasyim atau nama samarannya Buddhi
Hikayat. Lagu yang seringkali diputarkan di radio-radio dan televisyen ini
telah mendapat beberapa anugerah tetapi masih ramai yang belum tahu bahawa
liriknya mempunyai elemen kesufian untuk dihayati dan difikirkan.
Diskusi yang sedang berlangsung |
Kemudian, lirik lagu 'Bila Diri Disayangi' nyanyian Ukays juga telah dibedah dan didapati lirik ini menyentuh elemen ketuhanan walaupun ia disampaikan dalam genre muzik pop rock. Timbul persoalan daripada peserta akan maksud sebenar yang mahu disampaikan oleh penulis lirik kerana pada lirik yang diedarkan, telah disembunyikan maksudnya melalui huruf-huruf dalam tulisan. Pembentang (Ashraf Idris) menjelaskan bahawa lirik itu tidak terikat dengan apa-apa tafsiran daripada pendengar dan terpulang kepada pendengar sendiri bagaimana untuk menilainya mengikut pandangan masing-masing.
Slot Radical Discussion bertajuk "Pertubuhan Mahasiswa UiTMPP
lemau dan lesu: Sejauh mana kebenarannya?" telah mengundang pelbagai
lontaran pendapat, cetusan idea dan provokasi daripada moderator dan peserta
sendiri yang mungkin terbit daripada apa yang telah dilalui sendiri sepanjang
penglibatan dengan persatuan-persatuan UiTMPP.
Sememangnya perbezaan pendapat tidak dapat dibendung tidak kira dalam apa-apa isu sekalipun tetapi perbezaan pendapat itu juga haruslah berdasarkan prinsip keilmuan dan pengamatan yang baik terhadap isu tersebut. Seperti juga Radical Discussion kali ini, ada pihak yang bersetuju dengan kenyataan tajuk yang dibincangkan dan sebahagiannya ada yang tidak bersetuju.
Ada yang mengatakan pertubuhan tidak lemau
tetapi pelajar-pelajar sendiri yang lemau kerana enggan mengikuti program. Ada
juga yang memberitahu pertubuhan tidak lesu sebaliknya tahap pemikiran UiTM
sememangnya tidak boleh disamataraf dengan universiti lain yang lebih gah. Bagi
yang bersetuju dengan topik mengeluarkan hujah dan mengkritik sikap-sikap
pemimpin serta idealisme yang kurang ditonjolkan.
Di akhirnya,
pelbagai resolusi dikemukakan dan moderator telah membuka laluan bagi
persatuan-persatuan UiTMPP ini untuk mengadakan satu lagi wacana khas dalam
kalangan mereka sendiri kerana perkara yang disentuh hari ini kebanyakannya
bersifat fundamental juga sekadar membuka ruang bagi kemunculan idea-idea baru
secara asas. Presiden Rakan Pusat Islam, saudara Fikri Husaini telah sebulat
suara dipilih bagi mengetuai sesi wacana yang akan datang ini.
Melalui slot ini, ternyata pemimpin-pemimpin persatuan sebenarnya sudah lama
inginkan perubahan cuma terdapat banyak kekangan terutama sistem sendiri yang
menyebabkan pergerakan mereka terbatas tidak kurang juga 'culture of fear'
mengakibatkan pemikiran mereka terpenjara dalam sistem yang telah mengepung
kebebasan untuk berfikir dan bersuara.
Diharapkan medium seperti ini sedikit sebanyak dapat melonjakkan semangat untuk lebih maju dan lebih terkehadapan serta menyediakan diri dengan ilmu bagi menyelamatkan mahasiswa daripada sindrom minda tertutup.
Pinjaman buku secara percuma turut diadakan |
Terima kasih kepada semua perwakilan, mantan
dan alumni persatuan; Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Rakan Pusat Islam (RPI),
Ikatan Kasih Rumpun Anak-anak Melayu (IKRAM), Persatuan Kesenian Islam (PKI)
dan PEMBINA kerana sudi meluangkan masa untuk duduk dan berbincang bersama-sama
dengan perasaan rendah hati demi amanah yang dirasakan berat untuk dipikul bagi
memanfaatkan ummah ini. Semoga kita semua dapat memikul amanah ini bersama-sama
dan saling bantu-membantu dengan kasih sayang yang seharusnya dikongsi bersama.
'We Never Walk Alone'.
Peserta BG 8.0 |
0 comments:
Post a Comment