Showing posts with label PUISI. Show all posts
Showing posts with label PUISI. Show all posts

Thursday, 20 November 2014

Puisi : Bukan - Islam_Indah

BUKAN

oleh Islam_Indah


Lewat kelmarin aku terima
lamaran,
Aku berharap ianya kunci ke 
syurga,
Dengan panduan cinta dari
Pencipta,
Namun aku silap dalam
menduga..

Puisi : Perjalanan - Islam_Indah

Perjalanan

oleh Islam_Indah



Hati dan jiwaku terbelah
kerana cinta,
Yang mendekatkanku kepada Pencipta,
Kamukah yang mengisi ruang kosong
dalam kelam cahaya,
Atau sekadar pujangga yang 
melafazkan kata..

Monday, 17 November 2014

Puisi : Pulang - Islam_Indah

Pulang

oleh Islam_Indah

Saturday, 6 September 2014

PUISI : Ibu, kau yang bersalah! - Skepticalnoob (SN)


Ibu, kau yang bersalah!

oleh Skepticalnoob (SN)



Ibu,
Aku kini sudah dewasa,
Tidakkah kau dapat melihat, aku punya ramai teman?
Bagaimana bisa aku duduk terperap di rumah menemanimu.
Aku tahu kau penat bekerja,
Tapi apa kau tahu aku penat belajar.
Kau hanya belajar setakat alif, ba, ta,
Aku belajar sehingga ke menara gading.

Aku lebih pintar IT daripada kau,
Kau baru mahu merasa menggunakan telefon pintar,
Ah, banyak sungguh pertanyaanmu mengenai alam maya,
Aku sibuk, sibuk melayan teman-temanku,
Aku sibuk mahu menjadi pakar motivasi untuk rakan lain jantinaku,
Aku sibuk mahu merancang pergi ke tempat-tempat baru,
Kau memanggilku lembut, berkali-kali,
Ah,bising!!!
Dengusku…

Friday, 29 August 2014

PUISI : Masa Berlalu - Shazwani Mohd Ismail

Masa Berlalu

oleh Shazwani Mohd Ismail






Friday, 22 August 2014

POEM : Neither Raindrops Nor Teardrops - Shazwani Mohd Ismail

Neither Raindrops Nor Teardrops

by Shazwani Mohd Ismail



Friday, 15 August 2014

PUISI : Harapan - Shazwani Mohd Ismail

Harapan

oleh Shazwani Mohd Ismail


Friday, 8 August 2014

PUISI : Ku Kan Pergi - Shazwani Mohd Ismail

Ku Kan Pergi

oleh Shazwani Mohd Ismail


Sunday, 27 July 2014

PUISI: Riuh Sepi Lebaran - Fadhilah Zaharin [Gambar]

*Klik gambar untuk perbesar.

Thursday, 24 July 2014

PUISI: Tebas dan Tebang - Sashareena Adnan [Gambar]

*Klik gambar untuk perbesar.

Tuesday, 22 July 2014

PUISI: Pesan Si Burung Besi - Fadhilah Zaharin [Gambar]

*Klik gambar untuk perbesar.

PUISI:Humairah;Rindu Yang Jauh-Ahmad Syahmi Yusof

HUMAIRAH; RINDU YANG JAUH
oleh Ahmad Syahmi Yusof




Humairah,
Dirimu kini; jauh merentas sempadan.
Dengan berani tekal mencantas ujian. 
katamu: ingin mencari pengalaman. 
Aku benarkan; walau sesak dihujung pangkalan.

Humairah,
Aku simpan cinta dilubuk rindu.
Biar tegar dihati dan membatu padu;
Kelak engkau pulang disisiku,
Ia masih lagi cinta yang dulu.

Humairah,
Ingatkah engkau pada diriku?
Sedang ingatanku pada dirimu adalah selalu.

PUISI: Mahasiswa Di Desa Sendiri- Ahmad Syahmi Yusof


MAHASISWA DI DESA SENDIRI
oleh Ahmad Syahmi Yusof



Mahasiswa didesa sendiri,
megah pada nama; pudar pada jati.
Siasah desa mengurung mereka; 
tekal disangkar emas buatan desa.

Mahasiswa didesa sendiri,
entah kenapa; buku tidak diramasi.
Kesan intisari; jembalang tidak dimimpi,
bahaya tidak disedari.

Holistik katanya menyeluruh,
entah kenapa; ada puaka duduk menyuruh,
si proletar mula ungkal, pada si puaka dangkal:
ihsan itu hiasan cuma pada tampalan holistik kekal; 
sesal dan bebal: si proletar menyesal.

Mahasiswa didesa sendiri,
ragam bangkit mereka diperhati,
jatuh mereka tiada disambuti.
Lemah; lesu mahasiswa kini.
Desa itu yang mencengkam mereka!;
kasihan: Mahasiswa; 
hanya bermain difantasi sendiri.

280414

Monday, 21 July 2014

PUISI: Sang Sandera Cinta - Mohd Ashraf Mohd Idris

Sang Sandera Cinta
oleh Mohd Ashraf Mohd Idris
Ah.. Poyo semuanya..
Mengapa si pungguk rindukan bulan?
Bukanlah cahaya itu miliknya..
Cahaya itu dirampas..
Ya dirampas !

Bulan itu memang buaya..
Sang buaya yang impikan pujian..
'Bagai bulan dipagar bintang'

Ah...! Poyo!
Mengapa lagi didendangkan lagu itu
Pergilah kau sang pungguk..
Bunga bukan sekuntum..
 Babi tidak seekor...

Nyah kau..
Nyah dari utopia ini..
Dikau hanya sandera cinta..
Ya... Sang sandera cinta

PUISI : Akal yang Terlantar - Mohd Ashraf Mohd Idris

Akal Yang Terlantar
oleh Mohd Ashraf Mohd Idris



Mereka kata aku wahabi kerna aku aktif bersama Institut al Qayyim
Mereka kata aku liberal kerna menganjurkan debat bersama Benz Ali
Mereka kata aku punca orang awam terpikat dengan syiah
Mereka kata pemikiranku sonsang kerna postingku berkaitan wehdatul wujud.
Mereka kata aku pluralist
Mereka juga kata aku sesat dalam falsafah yunani
Kata mereka "usah sibukkan diri kamu dari berfikir tentang yang lain.Pasakkan Ahlussunnah wal jamaah terlebih dahulu!"
Mereka kata aku celaru
Ah...aku ini bagaimana atau kau yang harus bagaimana!

PUISI : Sistem yang Jahanam - Mohd Ashraf Mohd Idris

Sistem Yang Jahanam
oleh Mohd Ashraf Mohd Idris



Sistem ini sistem jahanam...
Mereka cuba gagalkan aku dalam hidup...
Mereka sekat sumber kewanganku agar aku diam...
Ok takpa...

Mereka cuba membunuh mindaku...
Mereka penjarakanku...
Agar aku diam...
Mereka memaksa aku bekerja seawal usia...
Mereka hentikan usahaku untuk meneruskan pengajian...
Mereka programkan dalam minda ibu bapaku supaya hanya didik anak cemerlang peperiksaan...
Ok takpa...

Mereka jadikan sahabatku robot...
Masuk universiti dan capai anugerah dekan...
Mereka kata jangan berpersatuan...
Mereka kata 'mak kau hantar kau ke sini untuk belajar dan lulus peperiksaan'...
Akhirnya sahabatku takut gagal...
Mereka pun tinggalkan persatuan...

Ok takpa...



Mereka jadikan semua sahabatku berhutang...
Mereka mahu sahabatku diam...
Mereka mahu sahabatku membayar hutang...
Akhirnya sahabatku mengalah...
Tiada pilihan melainkan kerja cari wang...
Ok takpa....

Sikit demi sikit mereka buat aku jatuh...
Mereka mahu hancurkan hidup aku..
Tapi kau silap bahalol...
You are messing with the wrong person...
Jangan harap aku nak menyerah...
Aku akan tetap miliki ijazah walau aku tak punya wang...
Aku akan berjaya...
Tapi bukan dengan requirement kau.

Huh!




PUISI: Dingin Hujan - Fadhilah Zaharin [Gambar]

*Klik gambar untuk perbesar.

 

PUISI: Mutiara Solo - Fadhilah Zaharin [Gambar]

*Klik gambar untuk perbesar.

PUISI: Pelayar Pulang - Fadhilah Zaharin [Gambar]


*Klik gambar untuk perbesar

PUISI: Mencari Cinta - Fadhilah Zaharin [Gambar]


 *Klik gambar untuk perbesar.

Copyright @ 2013 PI- GEN.