ANAK
YANG BERJIWA SENI
Oleh Noorsashareena Bt Adnan
Seni.Segelintir masyarakat beranggapan bahawa kegiatan seni
adalah sesuatu yang membuang masa dan tidak mendatangkan sebarang faedah.Mereka
menyangka sesuatu pekerjaan yang tidak memberikan pulangan wang ringgit adalah
tidak berguna. Hakikatnya, seni merupakan sesuatu yang unik dan menarik yang
patut dipelajari oleh semua orang. Kita tidak boleh mengabaikan pendidikan seni
di sekolah. Dulu seni hanya dipelajari oleh golongan bangsawan yang kaya raya,
tetapi kini seni boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja, semua golongan tidak
kira miskin ataupun kaya. Adalah satu kerugian jika tidak mempelajari seni
kerana ianya sesuatu yang cukup bermakna dalam menjalani kehidupan seharian.
Pada kali ini, saya akan cuba untuk fokuskan tentang
kaitan seni visual dan lukisan dengan kanak-kanak.Mengapa saya memilih untuk
kaitkan seni dengan kanak-kanak adalah disebabkan ada yang tidak dapat menerima
seni diajar kepada anak-anak mereka dengan alasan ianya tidak sesuai dan agak
lucah. Ini kadangkala gambar-gambar bogel atau separa bogel sering disalah
ertikan. Punca keadaan ini adalah angkara pengetahuan tentang seni terlalu
cetek dan mereka tidak lihat seni itu sebagai sesuatu yang bermakna penuh
dengan simbol-simbol atau metafora (perlambangan).
Seni juga sering dikaitkan dengan kreatif. Seorang yang
kreatif mampu menghasilkan hasil karya seni yang baik. Ramai juga yang berasa
putus asa untuk terus mempelajari bidang seni kerana menganggap diri mereka
tidak kreatif. Tidak kreatif maka tidak layak untuk mempelajari seni. Itu
persepsi mereka.Namun,mengapa kita berpendapat seseorang yang dilahirkan kreatif sahaja boleh
mempelajari seni? Hakikatnya
kreativiti boleh dipelajari.
Terdapat banyak kerjaya yang berkaitan dengan seni,
seperti pengiklanan, arkitek, juruhias dalaman dan banyak lagi yang ada
kaitannya dengan cabang-cabang seni. Kemahiran berfikir secara abstrak akan
banyak membantu dalam kehidupan. Seni juga bukan setakat terbatas pada Seni
Visual dan Lukisan sahaja tetapi ia ada kaitannya dengan falsafah dan pelbagai bidang
yang lain. Menurut Mark Smith
, ”seni ialah IQ dan berfikir”. Seni mengasah minda kita untuk terus berfikir
menghasilkan sesuatu.
Patricia James (1999) juga ada menyatakan pelajar belajar kemahiran kreatif dan kritis
melalui seni. Seni dianggap sebagai medan menginterpretasikan metafora dan
ekspresi emosi sama juga seperti sastera dalam bentuk tulisan. Untuk mendapat
kemahiran dalam seni, seseorang perlu berani bermain dengan pengetahuan,
pengalaman dan perasaan.
Di
sebalik seni dan kreativiti
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu
”creare” yang membawa maksud ”membuat”, manakala daripada perkataan Greek pula
”creare” bermaksud ”memenuhi”. Kamus Dewan(2002) mentakrifkan kreativiti
sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan.
Ada dua jenis utama kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti
analitik.
Kreativiti intuitif adalah jenis kreativiti yang terjadi
secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitik pula adalah apa yang
kita gunakan, yang apabila kita merancang untuk tujuan yang telah ditetapkan.
Proses kreatif biasanya akan menggabungkan kreativiti intuitif dan analitik. Terdapat juga beberapa
pendapat daripada tokoh Seni Visual tentang kreativiti. Antaranya adalah :
a) Lowenfeld(1975) percaya bahawa setiap
kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi
kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.
b) June King McFee pula mentakrifkan
kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa
yang sama mampu mengolah idea.
c) Carl Rogers pula menggariskan 5 faktor
di mana ianya mendorong kepada perkaitan antara kreativiti sama ada dalam
bidang seni atau sains.
i) keterbukaan
dan fleksibel kepada pengalaman
ii) menikmati
kehidupan yang dialami
iii) menghargai
diri sendiri
iv) mengamalkan
kebebasan
v) menjadi
individu yang peka dan sensitif dengan persekitaran
Di
sini juga turut saya sertakan beberapa ciri-ciri
kreatif secara ringkas.
a) Bersifat
fleksibel – seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain
mempunyai keyakinan optimis.
b) Sensitif
dan peka – individu yang mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap
keadaan sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut
sensitif menggunakan deria.
c) Idea yang
asli dan tulin – seseorang yang kreatif sering mengemukakan idea yang asli
dan bukan diambil daripada lain-lain sumber. Idea mereka unik dan menarik tanpa
unsur ciplak. Hasil kerja mereka berdasar cetusan rasa dan sering berbeza
daripada biasa. Diulang. Idea yang ASLI.
d) Bersifat
terbuka – mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan
pendapat orang lain mengenai hasil kerja mereka malahan bersifat bebas dan
demokratik.
e) Logik – peka dan sering berfikir secara
logik dan rasional dan tahu membezakan baik atau buruk sesuatu perkara itu
bahkan sangat menghargai dan menghormati masa.
f) Berfikiran
bebas – golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak
terkongkong pada satu perkara sahaja sebaliknya bijak merancang projek agar
berjalan lancar. Orang kreatif lazimnya sangat berhati-hati dan bijak membuat
keputusan.
Jika
diamati ciri-ciri kreatif yang saya nyatakan di atas, semuanya adalah bagus
untuk kita semai ciri-ciri tersebut di dalam diri setiap kanak-kanak sejak awal
pendidikan lagi. Hal ini penting kerana kelak, mereka bakal menjadi generasi
yang berintelek dan berminda kelas pertama bagi menjana transformasi negara.
Salah satu cara untuk menyemai ciri-ciri kreatif ini tidak lain tidak bukan
adalah dengan mempelajari seni. Kanak-kanak dan seni berpisah tiada.
Kanak-kanak
yang berbakat ( Gifted Child )
Keaslian dan
pemikiran yang tajam dilabelkan sebagai ”gifted
child” (individu yang berbakat/berpotensi). Mengajar individu yang ’gifted’ adalah berbeza dengan mengajar
individu yang biasa kerana mereka mudah dan cepat berasa bosan. Ini kerana
gifted child boleh belajar proses idea-idea yang lebih kompleks dan berupaya
mengolahnya dengan menggunakan konsep tersendiri. (dipetik dari Education of
Gifted).
Saya sendiri
pernah mengalami situasi sebegini. Seringkali saya ternanti-nantikan tibanya
waktu subjek seni kerana saya teruja untuk mempelajari ilmu seni yang
seterusnya. Semestinya saya mengharapkan sesuatu yang mencabar kemampuan saya.
Tetapi kerap kali juga saya berasa hampa dan kecewa kerana guru seni sering
memberi tugasan yang pada pandangan saya adalah biasa-biasa sahaja dan langsung
tidak mencabar. Tiada perkara baru yang dipelajari. Kesannya saya berasa bosan
dan rasa mengantuk ketika di dalam kelas lalu saya akan melakukan kerja sendiri
tanpa menghiraukan guru yang mengajar di hadapan kerana tidak berminat.
Saya akui ”gifted student” mempunyai keperluan-keperluan yang berbeza dengan
pelajar biasa. Pelajar dari kumpulan ini akan mudah berasa bosan jika kurikulum
dan silibus tidak sentiasa diperbaharui. Ini kerana kumpulan pelajar ini
sentiasa ingin terus mempelajari sesuatu yang sentiasa baru. Berdasar dapatan
melalui jurnal-jurnal pendidikan, kebanyakan negeri di US manyatakan 5 % hingga
10% daripada pelajar mereka adalah gifted. Sewajarnya para pendidik tidak kira
guru atau ibu bapa sendiri perlu tahu bagaimana untuk mengenal pasti potensti
anak-anak supaya keperluan yang sepatutnya dapat diberi kepada pelajar dan
anak-anak.
Kreativiti kanak-kanak
Kadang-kala kita sering mengabaikan
kreativiti yang ada dalam diri kanak-kanak apatah lagi untuk mencungkil bakat
mereka di dalam bidang kreatif. Akhirnya,bakat mereka di sia-siakan begitu
sahaja malah bertambah teruk apabila mereka dipaksa untuk mempelajari sesuatu
yang mereka tidak mahir atau minat. Terdapat juga kanak-kanak yang berminat
dengan seni tetapi kurang daya kreativiti. Menurut Gardner (1999), kreativiti
kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui cara-cara berikut yang akan saya
huraikan satu persatu berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya.
a)
Pendedahan awal kepada individu lain
yang selesa mengambil risiko dan yang tidak mudah mengalah.
-
Kanak-kanak
amat digalakkan untuk bergaul dengan individu lain yang punya sikap sebegini.
Sepertimana yang kita ketahui,kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh keadaan
sekeliling. Apabila mereka bergaul dengan individu sebegini, sikap tidak mudah
menyerah kalah dan berani mengambil risiko sedikit sebanyak akan terpalit pada
diri mereka.
b)
Memberi peluang untuk cemerlang
dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau bidang yang diceburi.
-
Hal ini penting.Ibu bapa atau guru perlu peka dan
sentiasa memberi peluang serta galakan kepada kanak-kanak untuk menceburi
bidang yang mereka yakini.Sekiranya bidang kepakaran mereka sudah dikenalpasti,
lebih mudah untuk mereka fokus pada kemahiran mereka pada masa sekarang dan
masa hadapan.
c)
Menyediakan persekitaran yang
sentiasa mencabar supaya kanak-kanak sentiasa berada pada tahap kecemerlangan.
-
Persekitaran
yang baik dapat menjamin kecemerlangan seseorang . Sebagai ibu,bapa atau guru,kita
perlu memastikan persekitaran anak-anak berada dalam keadaan baik.Persekitaran
baik yang saya maksudkan di sini tidaklah bererti kanak-kanak ini perlu diberi
persekitaran yang selesa.Apa yang dimaksudkan saya adalah persekitaran yang
mencabar keupayaan dan minda kanak-kanak supaya mereka sentiasa menggunakan
otak untuk berfikir dan bertindak.
d)
Membentuk hubungan dengan rakan
sebaya yang rela diuji dan tidak takut gagal.
-
Rakan
sebaya turut memainkan peranan bagi meningkatkan daya kreativiti seseorang.Rakan
sebaya yang boleh mendidik kita untuk sentiasa berani mencuba dan diuji serta
tidak takut gagal. Seni amat memerlukan keupayaan ini kerana apabila sesuatu
karya dihasilkan, kemungkinan untuk dikritik dan diuji itu sangat besar.Apatah
lagi untuk mengalami kegagalan. Pada pandangan saya, seorang yang kreatif WAJIB untuk bersedia mental kerana
berbagai-bagai kritikan bakal diterima.
e)
Menyediakan persekitaran keluarga
yang menggalakkan atau mewujudkan hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak
yang gemar mencabar autoriti.
-
Keluarga
merupakan penyokong terkuat bagi kanak-kanak. Galakan padu daripada keluarga
mampu menghasilkan kanak-kanak yang hebat. Fahami keperluan diri kanak-kanak.
Teori Emosi Kanak-Kanak Erik
Erikson.
Saya tertarik dengan teori emosi
kanak-kanak yang diperkenalkan oleh Erik Erikson. Erik Homburger Erikson
dilahirkan di Frankurt, Jerman pada 15 Jun 1902. Buku pertamanya adalah
Childhood dan Society (1950) yang menjadi salah satu buku klasik dalam bidang
psikologi.Berdasarkan Teori Perkembangan Erik Erikson, manusia
berpotensi mengalami perkembangan psikologi yang sihat dan mampu mengatasi
kesulitan mengikut masa dan peringkat perkembangan tertentu. Terdapat lapan
peringkat perkembangan emosi manusia yang dikaji oleh Erik Erikson. Setiap
peringkat akan timbul tingkah laku positif dan negatif yang membawa masalah
penyelesaian psikologikal kerana konflik emosinya.
Peringkat
pertama ialah fasa kepercayaan lawan
kecurigaan, iaitu pada peringkat umur 0 hingga 18 bulan. Pada peringkat ini
bayi mula menjalinkan hubungan kasih sayang dan kepercayaan dengan ibu bapa
atau membentuk perasaan tidak percaya. Sebagai contoh, dapat dilihat pada
kebanyakan bayi yang baru lahir. Bayi akan berasa selamat dan percaya pada ibu
bapanya serta dapat merasai kasih sayang yang dicurahkan sepenuh hati.
Sebaliknya, bayi akan menangis jika tidak melihat ibu bapa atau orang yang
tidak dikenali berhampiran dengannya.
Peringkat
kedua ialah fasa autonomi lawan keraguan
yang berlaku pada kanak-kanak berumur 18 bulan hingga 3 tahun. Pada peringkat
ini, kanak-kanak akan cuba berdikari untuk melakukan aktiviti fizikal tanpa
memerlukan bantuan orang dewasa. Sebagai contoh, kanak-kanak yang ingin cuba
makan dan minum sendiri, membuang air, memakai kasut dan sebagainya. Kanak-kanak
yang diberi sokongan untuk meneroka perlakuan fizikal ini akan mempunyai
keyakinan diri atau autonomi manakala yang tidak diberi peluang akan berasa
ragu-ragu terhadap kebolehan dirinya.
Peringkat
ketiga ialah fasa ikhtiar lawan rasa
bersalah pula akan ditempuhi oleh kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6
tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan terus bersikap berdikari dengan
meneroka persekitaran dan kemahiran baru yang digemarinya. Mereka suka dan
kerap kali bertanyakan soalan dan mahukan penjelasan untuk setiap situasi yang
berlaku. Sokongan yang diberi akan menggalakkan inisiatif dalam diri
kanak-kanak tersebut. Manakala, kanak-kanak yang tidak diberi peluang atau
dihukum akan rasa bersalah dan tidak yakin terhadap dirinya sendiri.
Secara
teori, peringkat keempat ialah fasa berdaya
usaha lawan rendah diri yang wujud pada kanak-kanak yang berumur 6 hingga
12 tahun. Setiap kanak-kanak akan menghadapi peringkat pembelajaran kemahiran
baru atau menghadapi risiko perasaan rendah diri jika menemui kegagalan atau
tidak cekap terhadap sesuatu perkara. Contohnya dapat dilihat pada kanak-kanak
yang telah memasuki alam persekolahan. Mereka akan berusaha sadaya upaya untuk
mendapat kedudukan terbaik di dalam kelas. Mereka sering bersaing dengan rakan
dalam apa jua aktiviti yang dilakukan. Kanak-kanak ini akan berasa rendah diri
apabila gagal mencapai apa yang diinginkan.
Peringkat
kelima ialah fasa identiti lawan ego
rendah yang berlaku pada kanak-kanak yang sudah meningkat remaja. Mereka
mula dan sentiasa mencari identiti diri sama ada dalam personaliti, bidang
pekerjaan, perasaan, jantina, politik dan agama. Pada peringkat ini, mereka
keliru terhadap identiti diri seterusnya mudah terikut dan terpengaruh
terutamanya persekitaran sosial mereka. Memasuki fasa intim lawan bersendirian, individu yang dalam lingkungan umur 20-an
mula membina hubungan rapat sama ada sebagai kawan atau kekasih. Individu ini
mula mengenali diri sendiri.
Pada
peringkat keenam ini, krisis utama ialah membentuk
hubungan intim melalui perkahwinan serta membina kehidupan berkeluarga.
Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain
(suami atau isteri dan anak) tanpa hilang identiti diri. Mereka yang tidak
dapat membina keintiman akan rasa terasing dan akan menghindari perhubungan
dengan orang lain.
Peringkat
ketujuh ialah fasa generatif lawan
stagnasi akan dilalui oleh individu dalam lingkungan umur 20-an hingga
50-an. Generatif merujuk kepada usaha seseorang untuk memberi sumbangan untuk
generasi akan datang. Seorang dewasa akan berpuas hati sekiranya dapat membantu
masyarakat dan Negara. Di samping itu, mereka juga akan menjalani kehidupan
berkeluarga dan berkerjaya yang baik. Kegagalan akan membawa kepada perasaan
kecewa dan tidak berpuas hati serta
mementingkan diri sendiri.
Akhir sekali, dalam peringkat kelapan ialah fasa integriti lawan rasa kecewa berlaku
pada individu yang menjangkau umur lebih 50 tahun. Individu yang telah sampai
ke peringkat ini telah melalui pelbagai pengalaman dan cabaran dalam hidupnya.
Individu yang berjaya melalui segala krisis perkembangan akan membawa kepada
kedudukan dan kekecewaan di hari tua.
Lukisan
dan kanak-kanak
Banyak
kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti kebolehan kanak-kanak. Aktiviti melukis
dikatakan sebagai suatu bentuk aktiviti yang banyak digunakan oleh saintis,
pendidik dan ibu bapa bagi menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak. Aktiviti
melukis merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain
membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Proses
melukis yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria
kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka.
Selain
itu, aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak selain
berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses
pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi (baca: tiruan) alam sekeliling lalu
dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya
yang
unik.
unik.
Penghasilan
karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh
orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan
dan kesempurnaan, namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat
luahan dan ekspresif (Lowenfeld, 1975). Karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi
dan tersendiri.
Pernahkah
anda melihat kanak-kanak menconteng dinding, buku atau pun kertas? Mengapakah
kanak-kanak gemar menconteng? Adakah mereka ingin berkomunikasi? Kebanyakan ibu
bapa pasti akan memarahi anak-anak mereka sekiranya dinding diconteng. Tetapi
pernahkah ibu bapa berfikir mengapakah mereka bertindak sedemikian?
“Stages of artistic development are
useful norms that can enlighten the
teacher, but they should not be considered as goals for education.”
- Hurwitz dan Day (2001)
teacher, but they should not be considered as goals for education.”
- Hurwitz dan Day (2001)
Mari
kita selami apakah mesej sebenar di sebalik kelakuan kanak-kanak. Menurut Teori
Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day (2001) , peringkat perkembangan
artis kanak-kanak terbahagi kepada tiga bahagian utama. Peringkat-peringkat ini
dikenali sebagai peringkat manipulatif, peringkat membuat simbol serta peringkat pra-remaja.
(a) Peringkat Manipulatif atau Zaman
Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun)
Pada
peringkat ini, kanak-kanak tidak
mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia mereka yang masih
muda, selalunya di dalam lingkungan umur dua hingga lima tahun. Lukisan yang
dihasilkan juga selalunya tidak terkawal
dan banyak terdapat di dinding, di atas
meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium
seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain.
Penghasilan
karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan
garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada usia ini, kanak-kanak lebih gemar
untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh
dihasilkan melalui pelbagai media. Secara umumnya terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu:
-
-contengan garisan tidak terkawal
-
-contengan garisan terkawal
-
-contengan rupa terkawal
-
-contengan rupa.
Contengan
garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak
mempunyai daya kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Di peringkat contengan garisan terkawal pula garisan
yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang dibandingkan dengan
peringkat pertama. Sementara itu, contengan
rupa terkawal memperlihatkan kebolehan kanak-kanak yang mula melukis rupa
dan mengulanginya mengikut kehendak mereka.
Akhir sekali adalah contengan rupa, di mana pada peringkat
ini kanak-kanak berupaya mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan.
Pada peringkat ini juga lukisan yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan
dan keseronokan kerana mereka diberi peluang untuk melukis dan menggunakan
alatan melukis seperti pen dan pensil.
Antara perkara penting yang perlu diberi
perhatian adalah cara kanak-kanak
memegang alatan untuk melukis. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah
mengikut keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan menconteng
sangat bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara
mata dan tangan. Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan
garisan yang pelbagai.
(b)
Peringkat
Membuat Simbol (6-9 Tahun)
Daripada
peringkat lukisan contengan, kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan
simbol. Peringkat penghasilan simbol bermula pada umur empat sehingga kanak-kanak berumur lapan tahun. Pada
peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya.
Persekitaran memainkan pengaruh besar dan
lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah, kereta, bunga, alat
permainan dan sebagainya. Imej dalam lukisan figura merupakan imej yang paling
dominan. Simbol dan imej yang dilukis oleh kanak-kanak ini biasanya didahului
dengan imej mereka sendiri, kemudian diikuti dengan keluarga terdekat seperti
ibu bapa diikuti rakan-rakan. Pada peringkat ini juga, simbol yang dihasilkan
oleh kanak-kanak mudah untuk dikenal pasti kerana kanak-kanak mempunyai kawalan
yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan.
Di peringkat awal penghasilan imej simbol,
imej-imej yang dihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz.
Umumnya, seseorang yang penting di dalam kehidupan kanak-kanak tersebut
digambarkan lebih besar saiznya berbanding dengan imej figura yang lain.
Sebagai contoh, bapa digambarkan lebih besar daripada imej ahli keluarga yang
lain melambangkan kekuasaan dan kekuatan yang di miliki oleh bapa selaku ketua
keluarga. Dalam sesetengah keadaan, imej diri kanak-kanak itu juga mempunyai
saiz yang lebih besar berbanding dengan imej figura yang lain.
Pada permulaan peringkat pertama
simbolisma ini, penggunaan warna terhadap imej tidak menjadi fokus utama dan tidak ketara. Pada peringkat kedua pula, penggunaan
warna ke atas imej mula diperlihatkan. Sebagai contoh, imej langit dikaitkan
dengan warna biru, warna kuning untuk matahari dan warna hijau bagi
menggambarkan rumput atau tumbuhan. Pada peringkat ketiga simbolisma,lukisan
yang dihasilkan lebih menumpukan kepada imej yang konkrit iaitu imej yang
dilihat berbanding dengan imej yang mereka tahu.
(c)
Pra-Remaja (10-13 Tahun)
Peringkat
Pra-remaja dikatakan peringkat perubahan zaman kanak-kanak ke zaman
remaja.Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan
figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan saiz sebenar objek. Sebagai
contoh, figura manusia mula dilukis dengan melihat kadar banding pada objek
tersebut tanpa membuat penambahan. Lukisan pada peringkat ini dikatakan lebih
rasional kerana selain daripada kedudukan dan saiz figura yang betul, mereka
juga telah mula mementingkan warna yang tepat selain dari memasukkan
bayang-bayang pada objek supaya imej yang dihasilkan seolah-olah nampak
realistik. Pada peringkat ini juga, mereka mula menggunakan kaedah perspektif
bagi membezakan saiz imej di mana mereka cuba memahami konsep ruang iaitu objek
yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih dekat.
Penutup
Sejujurnya
saya amat meminati seni sedari kecil lagi kerana saya membesar dalam keluarga
yang kebanyakannya mahir melukis terutama ayah saya. Maka besarlah harapan saya
untuk melahirkan lebih ramai kanak-kanak yang juga meminati seni tidak kiralah
seni dalam bidang apa pun.Seperti mana yang semua ketahui, seni tidak lah hanya
tertakluk kepada lukisan semata-mata. Di dalam bidang penulisan juga menuntut
kita untuk berfikir secara kreatif.Begitu juga bagi seorang penari, penulis
lirik, pelakon, pemidato dan banyak lagi yang berkaitan dengan seni.
“Seni mengajak kita
untuk pertimbangan intelektual, dan ia bukanlah untuk bertujuan untuk
mencipta seni lagi, tetapi untuk memahami secara berfilosofi, apa
itu seni.”
(Hegel)
Pemikir- pemikir
sebelum Heidegger seperti Immanuel Kant, Georg Wilhelm Friedrich Hegel dan
Friedrich Wilhelm Nietzsche beranggapan
seni memainkan peranan penting dalam penulisan filsosofi. Bukan sahaja seni
tidak dapat dipisahkan daripada pemikiran, tetapi ia juga menguatkan jiwa
apabila berhadapan dengan permasalahan yang berada di hadapan dan di belakang
mata.
Nietzsche sendiri
pernah mengatakankan bahawa “Seni ialah lebih penting daripada kebenaran”.
Manakala menurut Hegel pula, “Kecantikan seni adalah lebih tinggi daripada alam
semulajadi.” Harga seni yang diletak sebagai lebih penting daripada kebenaran
dan alam menjadikan ia sebagai lebih daripada wadah kecantikan, kepuasan emosi
atau cuma rakaman sosial dan sejarah. (Mohamed, 2013)
Rujukan
NOTA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK. (2009, Ogos 8). Retrieved from KAMI: http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/08/attention-num2.html
PEMIKIRAN KREATIF
DI KALANGAN-KANAK KANAK. (2013, Jun
5). Retrieved from Sesejuk mata memandang, semanis bahasa berbicara:
http://wanmohdaffendy.blogspot.com/2013/06/pemikiran-kreatif-di-kalangan-kanak.html
Kanak-kanak dan
Seni Lukis. (2010, April 3).
Retrieved from Seni Dan Pendidikan: http://psvisual.wordpress.com/page/2/
Mohamed, F. N.
(2013). Pemikiran Heidegger Tentang Karya Seni. Seminar Falsafah 2 ,
1-11.
PENGALAMAN
PENDIDIKAN SENI MEMBANTU MENINGKAT KREATIVITI DALAM KEHIDUPAN SOSIAL
MASYARAKAT. (2011, Ogos 15).
Retrieved from Laman Apresiasi Seni:
http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment