Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts
Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts

Sunday, 12 January 2014

Keilmuan Di Ufuk Senja

oleh Mohd Ashraf Idris

Umum mengetahui bahawa pendidikan merupakan salah satu penyumbang utama kepada pembangunan modal insan, sosial dan ekonomi bagi sesebuah negara. Masyarakat yang mendiami negara maju seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman dan Jepun rata-ratanya memiliki tahap intelek yang tinggi. Bahan khazanah ilmu bukan sahaja dibicarakan oleh para sarjana mereka bahkan ianya juga dibicarakan oleh golongan awam. Ini kerana sistem pendidikan dan suasana kemasyarakatan di sana membantu mereka dalam pembudayaan ilmu. Kewujudan pelbagai aliran seperti sosialis, kapitalis, komunis, ateis, liberal, sekular khususnya di negara barat telah merancakkan wacana ilmu dan perdebatan dalam kalangan mereka. Pemerintah mereka pula tidak menyekat mana-mana aliran pemikiran untuk berkembang selari dengan konsep demokrasi ilmu yang mereka amalkan.

Friday, 3 January 2014

PLKN : Perlu diteruskan atau perlu dihentikan?

PLKN : Perlu diteruskan atau perlu dihentikan?
oleh Noorsashareena Adnan



Program Latihan Khidmat Negara atau singkatnya PLKN merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di pusat latihannya di  seluruh Malaysia bagi  yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah pada peringkat SPM atau berumur 17 tahun.PLKN mula diperkenalkan pada tahun 2004 selepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini pada 7 Julai 2003.

Hak Seorang Padusi

  HAK SEORANG PADUSI

oleh 
Noorsashareena Adnan
Pada 7 Januari 2013, Kosmo! melaporkan seorang isteri berumur 27 tahun di Kangar terpaksa dirawat di hospital akibat dibelasah teruk oleh suaminya menggunakan kerusi, lesung batu, bingkai gambar dan pisau, kerana suami beliau mengesyakinya curang. Pada 29 Disember 2012, akhbar The Star melaporkan seorang isteri berumur 17 tahun dipukul sehingga mati dengan objek tumpul oleh suaminya yang juga mengesyaki isterinya berlaku curang.Apakah wanita itu objek yang tidak punya perasaan sehingga diperlakukan sebegitu? Apakah wanita punya hak untuk membela nasib mereka?

Anak Yang Berjiwa Seni



ANAK YANG BERJIWA SENI

Oleh Noorsashareena Bt Adnan


Seni.Segelintir masyarakat beranggapan bahawa kegiatan seni adalah sesuatu yang membuang masa dan tidak mendatangkan sebarang faedah.Mereka menyangka sesuatu pekerjaan yang tidak memberikan pulangan wang ringgit adalah tidak berguna. Hakikatnya, seni merupakan sesuatu yang unik dan menarik yang patut dipelajari oleh semua orang. Kita tidak boleh mengabaikan pendidikan seni di sekolah. Dulu seni hanya dipelajari oleh golongan bangsawan yang kaya raya, tetapi kini seni boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja, semua golongan tidak kira miskin ataupun kaya. Adalah satu kerugian jika tidak mempelajari seni kerana ianya sesuatu yang cukup bermakna dalam menjalani kehidupan seharian.

Ukhuwah Islamiah



Ukhuwah Islamiah

Oleh Nur Fadhilah binti Zaharin



Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik r.a., pembantu Rasulullah SAW, Baginda bersabda:

 لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Maksudnya: “Tidak beriman (secara sempurna) seseorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”

(Riwayat al-Bukhari no.13, Muslim no.45 dan Ahmad no. 18076)

Para ulama berkata bahawa “tidak beriman” yang dimaksudkan dalam hadis di atas ialah “iman tidak sempurna”, bukan tidak beriman langsung. Maknanya seseorang itu tidak sempurna imannya apabila tidak mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri.

Jurang Keilmuan




Jurang Keilmuan

Oleh Nur Fadhilah binti Zaharin


Suatu masa dahulu orang Arab terkenal dengan kejaguhannya dalam pelbagai bidang ilmu. Kegiatan penterjemahan begitu giat dijalankan menyebabkan penguasaan mereka di dalam ilmu jadi berkembang dan meluas. Orang-orang Arab telah mempelajari bahasa Latin dan Spain dan mereka telah menyalin kedua-duanya (dengan jalan penterjemahan) sehingga bila mereka rasa cukup mahir dengan apa yang mereka salinkan itu lahirlah keperibadian ilmiahnya yang mana kian hari kian subur dan tak lama kemudian jadilah ia sebagaimana yang telah disifatkan oleh Gustav Lobon:

Mahasiswa, Gerakan dan Keilmuan (I)

Mahasiswa, Gerakan dan Keilmuan (I) 

oleh Nur Fadhilah Zaharin

 

Universiti pada era 60-an dan 70-an telah menyaksikan beberapa ideologi serta pegangan dicetuskan oleh mahasiswa yang masih berada pada kuantiti yang sedikit ketika itu. Universiti-universiti terawal di Malaysia seperti Universiti Malaya (UM) telah menghasilkan mahasiswa yang radikal dari sudut perjuangan melalui gerakan-gerakan yang mereka terajui seperti Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Nama-nama seperti Syed Hamid Ali dan Anwar Ibrahim telah mewarnai arena kebangkitan mahasiswa pada lingkungan dekad tersebut.

  

Mahasiswa, Gerakan dan Keilmuan (II)

Mahasiswa, Gerakan dan Keilmuan (II) 

oleh Nur Fadhilah Zaharin
 
Jika dilihat episod gerakan mahasiswa pada lingkungan 60-an dan 70-an, tidaklah ia menunjukkan mahasiswa bergerak bersama pemimpin mahasiswa yang sememangnya bersifat radikal itu ramai dan berada dalam kelompok majoriti. Itu adalah fitrah dan lumrah kelompok manusia pada setiap zaman. Bukan semua orang bersifat kritikal dalam menentang kerana tahap kesedaran bagi setiap orang berbeza akibat pengalaman yang dilalui juga berbeza.

Pemberian Baucar Buku 1 Malaysia dan Situasi yang Berlaku

Pemberian Baucar Buku 1 Malaysia dan Situasi yang Berlaku 

oleh Nur Fadhilah Zaharin


Saya pernah menulis artikel yang lebih kurang sama seperti artikel ini 8 bulan yang lalu. Tujuannya sedikit berbeza. Memandangkan hari ini baru dibentangkan isi-isi bajet tersebut, saya berfikir lagi mengenai hal ini kerana melihat sedikit ketidakwajaran pemberian baucar buku ini kepada pelajar itu sendiri.

         Mungkin ramai yang sibuk memperkatakan tentang isu GST, gula, bantuan yang diterima dan lain-lain tetapi memandangkan isu ini isu yang berlegar di sekeliling saya sendiri, saya rasa ia patut diutarakan bilamana saya melihat situasinya tidak berubah.

Krisis Pendidikan: Pembunuh Senyap Potensi Individu

  Krisis Pendidikan: Pembunuh Senyap Potensi Individu

oleh Nur Fadhilah Zaharin

 

"Kita ada krisis pendidikan yang mencemaskan."

Itu antara kata-kata yang dilontarkan oleh Dato Dr Siddiq Fadzil sewaktu ucaptama beliau di Konvensyen Pendidikan TFTN Kali Kedua, 21 Disember yang lalu. Saya kira kata-kata beliau ini sudah cukup menyedarkan kita akan perlunya kita berbuat sesuatu dengan sistem pendidikan sedia ada. Kata-kata ini bukan keluar daripada seorang yang terlibat dalam bidang pendidikan cuma selama 10 atau 20 tahun bahkan lebih 50 tahun lamanya. 

Siapa yang sesat??

Siapa yang sesat??

oleh Mohd Ashraf Idris


Tulisan ini saya tulis selepas saya anjurkan debat terbuka di facebook antara Benz Ali dan Abu Ubaidah Al Arabi tentang “Siapa itu Ahlul Bait?” Respon yang pelbagai saya terima terhadap anjuran debat ini. Diantara respon yang paling tidak masuk akal yang saya terima ialah “Mengapa perlu anjurkan debat tentang aqidah? Sudah terang-terang syiah itu sesat. Debat ini memberi ruang kepada syiah menyebarkan fahaman sesat mereka. Enta bertanggungjawab jika ada orang awam yang terpengaruh dengan syiah.”

Copyright @ 2013 PI- GEN.