Andai dipisah lagu dan irama....
oleh Mohd Ashraf Idris
Suatu ketika dahulu masyarakat melayu pernah menjadikan pantun, syair dan puisi sebagai budaya yang selalu mereka amalkan. Budaya ini menjadi medium kepada masyarakat dalam meluahkan perasaan, menyatakan pendirian dan membangkitkan semangat rakyat. Apa yang berlaku disekeliling akan mereka manifestasikan dalam bentuk puisi, pantun dan syair. Sinergi antara bahasa dan irama yang disusun dapat menjentik jiwa pendengar. Tidak hairan jika kita menonton filem-filem klasik, mereka akan menggunakan ayat yang berbunga-bunga dalam dialog mereka kerana itu lah realiti masyarakat dahulu yang gemar dengan keindahan bahasa.
Hal yang sama
berlaku di dunia arab di zaman rasulullah s.a.w dimana syair menjadi tinta utama bagi mengekspresikan apa yang
terbuku dalam diri mereka. Sebahagian penyair pula menjadikan syair sebagai
medium dalam menyampaikan maklumat. Kerana itu penyair arab mempunyai kedudukan
yang tinggi dalam masyarakat kerana mereka mahu mendapatkan berita
dan informasi daripada tinta penyair. Tentu sahaja mereka tidak mempunyai surat khabar seperti kita
hari ini.
