Showing posts with label BULATAN GEMBIRA. Show all posts
Showing posts with label BULATAN GEMBIRA. Show all posts

Monday, 20 January 2014

Bulatan Gembira 11


Alhamdulillah pada hari sabtu yang lepas telah berlangsungnya bulatan gembira secara santai berkenaan tajuk Hak Kebebasan Wanita yang dibentang oleh saudari Sashareena Adnan. Walaupun tajuknya agak umum, namun pembentang lebih memfokuskan kepada keganasan rumahtangga. Untuk makluman semua, bulatan gembira kali ini pertama kalinya diadakan pada waktu petang. Suasana yang agak santai dihiasi dengan deru angin di warung cendol, menambahkan lagi mood diskusi.

            Sebelum pembentangan, saudari Intaz Khazaimah telah membacakan puisi bertajuk “apa ertinya menjadi perempuan”. Konsep ini pertama kalinya diperkenalkan oleh PI-Gen bertujuan untuk mengembalikan sastera yang semakin dilupakan oleh sebahgian besar mahasiswa. Bacaan puisi teleh dideklamasikan dengan bersemangat bagi membangkitkan kesedaran wanita tentang peranan mereka dalam mendepani penindasan.



            Saudari Sashareena memulakan pembentangan dengan menegaskan bahawa pembentangan ini tidak membawa agenda liberal bahkan menentang beberapa ideologi Islam liberal khususnya Sister in Islam (SIS). Beliau mengetengahkan peranan agama Islam dalam membela kaum wanita. Wanita di zaman dahulu digambarkan seperti lambang syaitan dan mempunyai kedudukan yang hina dalam masyarakat. Namun Islam datang membela kaum ini dan melepaskan mereka dari belenggu penindasan. Pembentang juga mengemukakan beberapa hadis sahih bahawa Islam sebenarnya merahmati wanita. dan bukan lah fitnah semata-mata.

            Setelah itu, pembentang mengetengahkan pula isu keganasan rumahtangga yang semakin menjadi-jadi sehingga memperlakukan wanita seperti binatang. Pembentang juga membawakan beberapa Akta Keganasan Rumahtangga 1994 sebagai informasi tambahan tentang apa yang perlu dilakukan oleh wanita jika berhadapan dengan isu keganasan rumahtangga. Selain itu beliau juga mengkritik karenah pengurusan sesetengah institusi yang menyusahkan kerja-kerja pembelaan terhadap kaum wanita. Diakhir pembentangan, beliau menyeru agar semua pihak membina akhlak yang baik dan menyebarkan kasih sayang tidak kira terhadap kaum wanita mahupun lelaki.

            Setelah itu, sesi dialog dan diskusi antara mahasiswa berlansung dengan rancak sekali. Saudara Ashraf memulakan dialog dengan membawa beberapa isu peminggiran hak wanita tanpa dalil seperti isu perempuan tidak boleh menjadi pemimpin, haram musafir tanpa mahram dan beberapa penyalahgunaan nas atas kepentingan nafsu lelaki. Selain itu, saudari Khazaimah dan saudara Luqman juga mengutarakan beberapa pengalaman sahabat mereka yang melalui karenah pengurusan yang menyusahkan semasa proses permohonan zakat dan proses memeluk agama Islam. Ini kerana masalah yang sama juga berlaku dalam institusi mahkamah syariah sehingga menunda-nunda proses khulu’.

Antara isu lain yang dibincangkan ialah bagaimana jemaah tabligh yang keluar selama 4 bulan menguruskan anak dan isteri mereka. Saudara Aiman dan Luqman menjelaskan serba sedikit tentang prosedur untuk para jemaah tabligh yang ingin musafir lama dan cara mereka menguruskan keluarga sepanjang musafir. Selain itu banyak persoalan seperti kaedah usul fiqh iaitu al-urf dan hadis-hadis yang ragu dibincangkan. Diskusi pada petang tersebut bukanlah untuk mencari jalan penyelesaian dan konklusi terbaik sebaliknya memberikan beberapa idea serta informasi kepada peserta untuk mereka bawa pulang dan membuat pembacaan tambahan atau mencari orang yang lebih pakar bagi menggalakkan budaya mengkaji ilmu.

Diakhir diskusi, presiden PI-Gen telah menegaskan sekali lagi tentang kenyataan rasmi PI-Gen bahawa pertubuhan ini tidak ada kaitan dengan mana-mana pertubuhan dan aliran pemikiran. Tuduhan bahawa PI-Gen membawa agenda liberal, syiah dan wahabi telah disangkal dan dinafikan sekeras-kerasnya. Bahkan peserta yang hadir juga jelas dengan sikap kami dalam melawan Islam liberal ketika membincangkan Hak Kebebasan Wanita. Semoga kenyataan ini sedikit sebanyak mengendurkan curiga ramai pihak terhadap PI-Gen. Nantikan bulatan gembira seterusnya yang akan dimaklumkan melalui fanpage rasmi PI-Gen. Ayuh semarakkan budaya ilmu !



            

Thursday, 9 January 2014

Ulasan Bulatan Gembira 10


ULASAN BULATAN GEMBIRA 10


Tarikh: 22 Disember 2013

Tempat: Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam, Selangor


Tajuk pembentangan:


1) Mentaliti Mahasiswa UiTM (Azraful Azman)

2) Solving The Unemployment for Engineering Students (Abu Bakar)

3) Entiti Doa (Nurul Amin Ahmed)



Ulasan program kali ini mungkin agak ringkas kerana kali ini saya sendiri bertindak untuk mendengar dan menilai isi diskusi lebih daripada mencatat. Biarlah penilaian saya yang sebenar-benarnya terbit secara tidak langsung melalui tulisan-tulisan saya yang seterusnya. 

Ulasan Bulatan Gembira 9.0

ULASAN BULATAN GEMBIRA 9.0



Tarikh: 7 Disember 2013

Tempat: Pantai Bersih, Pulau Pinang


Tajuk pembentangan: 

1) Bedah Filem: Perempuan Berkalung Sorban (Fadhilah Zaharin)

2) Perkongsian: LGBT


Wednesday, 8 January 2014

Ulasan Bulatan Gembira 8.0

ULASAN BULATAN GEMBIRA 8.0



Tarikh: 30 November 2013

Tempat: Mengkuang Dam, Bukit Mertajam, Pulau Pinang


Slot: 

1) Bedah lirik lagu "Awan Nano" nyanyian Hafiz AF dan "Bila diri disayangi" nyanyian Ukays.

2) Radical Discussion: "Pertubuhan Mahasiswa UiTM Penang lemau dan lesu: Sejauh mana kebenarannya?"


Ulasan Bulatan Gembira 6.0

ULASAN BULATAN GEMBIRA 6.0



Tarikh: 17 Ogos 2013

Tempat: Pantai Bersih, Butterworth, Pulau Pinang


Tajuk pembentangan: 

1) Hudud di Malaysia: Cabaran pelaksanaan (Fadhilah Zaharin)

2) Malaysia: Kesepaduan dalam kepelbagaian (Syahmi Yusof)

3) Masalah Pembudayaan Ilmu di Malaysia: Di mana silap kita?? (Ashraf Idris)


Ulasan Bulatan Gembira 5.0

ULASAN BULATAN GEMBIRA 5.0

Tarikh: 13 Julai 2013
Tempat: Mengkuang Dam, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tajuk pembentangan: 

1) Patriotisme (Muhammad Iqbal Sabirin)
2) Taharah dan Persoalan yang Sering Dilontarkan (Intan Khazaimah)
3) Cabaran Islam di Sabah dan Pengalaman Kembara Ilmu di Semenanjung (Muhd Rahmat)


Ulasan Bulatan Gembira 4.0

ULASAN BULATAN GEMBIRA 4.0

Tarikh: 15 Jun 2013
Tempat: Taman Belia, Pulau Pinang
Tajuk pembentangan: 

1) Isu-isu Sekitar Syaaban dan Ramadhan (Ashraf Idris)
2) Pengalaman Berniqab (Nursyafiqah Razmi)
3) Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps (Sashareena Adnan)


Saturday, 14 September 2013

Ulasan Bulatan Gembira 7.0

ULASAN BULATAN GEMBIRA 7.0



Tarikh: 14 September 2013

Tempat: Mengkuang Dam, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Tajuk radical discussion: 

"Pemimpin: Siapa yang lebih layak? Ulama atau golongan profesional?"


Copyright @ 2013 PI- GEN.