ULASAN BULATAN GEMBIRA 6.0
Tarikh: 17 Ogos 2013
Tempat: Pantai Bersih, Butterworth, Pulau Pinang
Tajuk pembentangan:
1) Hudud di Malaysia: Cabaran pelaksanaan (Fadhilah Zaharin)
2) Malaysia: Kesepaduan dalam kepelbagaian (Syahmi Yusof)
3) Masalah Pembudayaan Ilmu di Malaysia: Di mana silap kita?? (Ashraf Idris)
Alhamdulillah
semalam berakhir sudah Bulatan Gembira 6.0 di Pantai Bersih. Walaupun kehadiran
peserta tidak begitu ramai seperti di Bulatan Gembira 5.0 kerana banyaknya
program yang berlaku pada masa yang sama, program ini tetap diusahakan dan
dijalankan sebaik mungkin.
Tempoh
pembentangan telah mengambil masa yang agak lama sehingga terpaksa mencuri
sedikit masa slot Q&A memandangkan topik yang dibentang kali ini agak
memerlukan perhatian dari segi penelitian serta pemahaman.
Saudara Syahmi Yusof sedang membuat pembentangan |
Namun,
ruang pertanyaan masih dibuka dan insyaAllah kami akan cuba memberi respon
terhadap setiap soalan yang dikemukakan. Selesai sesi pembentangan dan slot
Q&A, telah diadakan juga sesi 'Solidariti Untuk Mesir' bagi memberi
kesedaran terhadap konflik di Mesir baru-baru ini.
Solidariti untuk Mesir |
Diharapkan semoga apa jua yang telah dikongsi semalam memberi input berguna dan mungkin juga mengubah cara pandang kita terhadap sesuatu isu dan perkara. Nantikan Bulatan Gembira 7.0 yang insyaAllah akan diadakan pada September ini. Terima kasih kepada yang sudi hadir dan terima kasih juga kepada mereka yang terus menerus memberi sokongan terhadap usaha pembudayaan ilmu yang kami lakukan ini. Semoga Allah membalas jasa dan budi baik kalian.
0 comments:
Post a Comment