ULASAN BULATAN GEMBIRA 10
Tarikh:
22 Disember 2013
Tempat:
Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Tajuk pembentangan:
1) Mentaliti Mahasiswa UiTM (Azraful
Azman)
2) Solving The Unemployment for
Engineering Students (Abu Bakar)
3) Entiti Doa (Nurul Amin Ahmed)
Ulasan
program kali ini mungkin agak ringkas kerana kali ini saya sendiri bertindak
untuk mendengar dan menilai isi diskusi lebih daripada mencatat. Biarlah
penilaian saya yang sebenar-benarnya terbit secara tidak langsung melalui
tulisan-tulisan saya yang seterusnya.
Pertama-tamanya
hendaklah kita mengucapkan syukur ke hadrat-Nya kerana telah mempertemukan kita
dalam satu ruang diskusi.
Diskusi
bermula dengan pembentangan daripada saudara Azraful Azman, mantan YDP MPP UiTM
Shah Alam dengan membawa tajuk 'Pemikiran Mahasiswa UiTM'. Beliau telah membawakan
beberapa gambaran tentang bagaimanakah sikap mahasiswa UiTM. Saudara Azraful
juga telah membentangkan maksud kepada 'Ayuh Menjadi Mahasiswa Mahasiswi' yang
pernah diperjuangkan sewaktu memegang jawatan YDP dahulu. Sikap mahasiswa yang
adakalanya lebih suka membincangkan sesuatu masalah tanpa penyediaan solusi
menyebabkan mahasiswa lebih bertindak kepada menghukum. Bukan mengenalpasti dan
meneliti sesuatu perkara terlebih dahulu.
Program
diteruskan dengan slot saudara Abu Bakar yang membawa tajuk 'Solving The
Unemployment For Engineering Students' . Bagi saya, ia satu perkongsian yang
sangat menarik. Melaluinya kita dapat belajar hakikat sebenar-benarnya dalam
mempelajari sesuatu perkara. Bagaimana belajar dengan membawa tujuan untuk
memberi maslahah kepada umat. Bukan untuk diri sendiri. Juga bagaimana
membentuk self-confident untuk belajar secara independent tanpa terlalu
terkongkong dengan sistem. Inilah yang perlu kita (pelajar) cari dalam
menggarap erti ilmu yang sebenar. Semakin kita memahami hakikat keruncingan
sistem pendidikan, kita semakin memahami apakah yang harus kita lakukan.
Slot terakhir adalah pembentangan daripada saudara Nur Al-Amin
Ahmed yang membicarakan tentang entiti doa. Sungguh. Keajaiban doa sememangnya
tidak boleh kita nafikan. Doa merupakan kuasa ataupun senjata terpenting umat
Islam. Tanpa doa, kita mungkin akan lupa tentang hakikat sebenar diri kita yang
merupakan hamba di muka bumi ini.
Jika
di Pulau Pinang, kami sering menerima kunjungan daripada orang yang agak sama
ketika Bulatan Gembira berlangsung. Berlainan pula dengan Bulatan Gembira kali
ini. Ia dimeriahkan dengan individu-individu yang belum pernah muncul. Bahkan
pembentang juga sebelum ini tidak pernah melihat bagaimanakah diskusi kami
berlangsung di Penang.
Tetapi
saya kira ini antara diskusi yang paling menarik. Seolah-olah ada satu ikatan
yang pernah wujud sebelum ini. Untuk pengetahuan, 96 peratus daripada individu
yang hadir ke BG 10 ini, walaupun sekarang menuntut di Shah Alam dan ada juga
di tempat-tempat lain, tetapi semuanya berasal daripada UiTM Penang.
Walaubagaimanapun,
saya tak menafikan kehadiran individu selain yang berasal daripada UiTM Penang
bahkan sangat mengalu-alukan tetapi bila fikir semula, saya boleh berkata pada
diri sendiri, "Radikal juga student UiTM Penang ni."
Namun radikal atau tidak bukanlah persoalannya. Jika radikal tetapi kosong dari
segi pemahaman terhadap sesuatu tanpa merujuk pada sumber sepatutnya tidak
membawa apa-apa juga. Radikal perlu didasari elemen ilmiah supaya benar-benar
kita dapat menggugat.
Apapun,
PI-Gen mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada yang sudi hadir ke
event kami yang julung-julung kalinya diadakan di Shah Alam. Kami berbesar hati
menerima cadangan, komen mahupun kritikan demi menambahbaik program kami pada
masa akan datang. Kami juga sangat mengalu-alukan penulisan hasil daripada apa
yang dipelajari daripada program ini. Insya Allah jika ada yang mahu menulis,
kami akan masukkan karya anda ke dalam zine keluaran yang seterusnya.
Semoga
diskusi ini membangkit kesedaran. Dan semoga diskusi ini membangkit keberanian.
Ayuh!
Sedar diri. Jadi berani.
0 comments:
Post a Comment