Parenting skills: Bagaimana membesarkan anak dengan baik pada peringkat 5 tahun pertama
oleh Mohd Ashraf Idris
Brain Rules for
Baby: How to raise a smart and happy child from zero to five karangan John
Medina antara buku yang sangat bagus dan sesuai dibaca bagi mereka yang akan
bergelar ibu atau bapa. Penulis buku ini merupakan seorang saintis dan profesor
di Universiti of Washington School of Medicine. Beliau mengupas tentang kaedah
membesarkan anak menjadi cerdik, sihat dan ceria melalui perbahasan neurologi,
biologikal dan psikologi. John Medina berjaya mengupasnya dengan baik dengan
menggunakan bahasa yang mudah difahami, ringkas dan padat. Sesiapa sahaja mampu
untuk memahami buku ini walaupun anda bukan doktor.
Saya tertarik untuk berkongsi tentang tip-tip parenting yang diberikan John Medina di akhir buku ini yang mana merupakan ringkasan dan kunci kepada maklumat keseluruhan buku. Saya hanya akan berkongsikan sebahagian besar sahaja dan yang selebihnya pembaca boleh dapatkan dalam buku beliau. Penulis membahagikan tip-tip parenting ini kepada 5 bahagian iaitu pregnancy (saat ibu mengandung), relationship (antara suami isteri), smart baby, happy baby dan moral baby (penghasilan anak yang baik).
Pregnancy (ketika
mengandung)
1. Tinggalkan bayi anda sendirian (do nothing)
Anda tidak perlu
bermain mozart, menyelesaikan masalah matematik, bercakap bahasa perancis atau
arab atau apa-apa sahaja yang anda rasa sesuai untuk perkembangan minda bayi.
Ini kerana otak anak anda belum lagi bersambung kepada telinganya. Anda hanya
perlu melakukan apa yang disarankan doktor sahaja sebagai permulaan peringkat
mengandung.
2. Makan sekurangnya 300 kalori sehari
Para ibu jangan
bimbang. Kenaikan berat badan semasa mengandung adalah perkara biasa. Kurang
berat badan akan menghasilkan anak yang kecil dan saiz otak yang kecil. Adapun
saiz otak memainkan peranan dalam kekuatan minda. Para ibu mengandung
dinasihatkan untuk mengambil makanan sekurangnya 300 kalori sehari. 3. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran
Para ibu
mengandung dinasihatkan untuk memperbanyakkan pengambilan buah dan sayur serta
makanan yang kaya dengan zat besi, iodin, vitamin b-12 dan omega-3.
4. Senaman aerobik sekurangnya 30 minit sehari
Suami boleh
membawa isterinya berjalan setiap pagi atau petang. Senaman merupakan salah
satu cara untuk menghilangkan stress dimana ianya membantu mengeluarkan
glucocorticoid dari neuron ibu dan kandungannya. Senaman juga akan mengurangkan
risiko tekanan klinikal dan keresahan atau kemurungan. Namun anda dinasihatkan
untuk mendapatkan nasihat doktor. Ini kerana kadar senaman bergantung pada
peringkat kehamilan.
5. Kurangkan stress dalam kehidupan
Tekanan yang
berlebihan akan merosakkan anda dan kandungan anda. Senaraikan perkara-perkara
yang membuatkan anda stress dan mengganggu anda, kemudian, daripada senarai
itu, senaraikan pula perkara-perkara yang boleh membuatkan anda hilang kawalan.
Itu lah musuh anda! Senaman aerobik sangat penting. Selain itu, suami harus
memainkan peranan dalam penjagaan emosi isteri. Layani isteri bagai permaisuri,
membantu isteri memasak dan melakukan kerja-kerja rumah. Sentiasa bertanyakan
khabar isteri, bawakan bunga, beri masa yang lebih untuk isteri dan melakukan
apa sahaja yang membawa kepada kestabilan emosi isteri. Ingat! Layanan suami
kepada isteri sangat membantu dalam penghasilan anak yang baik. Ini kerana
salah satu daripada punca utama tekanan si isteri ialah hubungannya bersama
suami.
Relationship
(antara suami dan isteri)
Hubungan suami
dan isteri selepas melahirkan anak juga amat penting. Apa yang anak-anak
saksikan seperti keganasan rumah tangga, penceraian dan pergaduhan akan
mempengaruhi cara hidup mereka ketika dewasa. Walaupun anda merasakan tidak
mempunyai masalah dalam rumahtangga, namun ia masih belum menjamin hubungan
anda bersama pasangan akan berkekalan. Penulis memberikan tips kepada pasangan
agar:-
1. “Check in” sesama
pasangan pada waktu pagi dan tengahari.
Lakukan “check
in” dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang walaupun hanya ringkas
seperti menelefon pasangan anda, mesej, emel, chatting atau berjumpa seketika
sebelum keluar bekerja. Mengapa pada waktu pagi? Kerana ianya akan memberi
gambaran tentang bagaimana hari anda bersama pasangan akan berlaku. Mengapa
pada waktu tengahari? Kerana ianya akan membantu anda untuk bersedia pada waktu
petang. Pasangan yang baru bergelar ibu dan bapa mempunyai hanya 1/3 masa
sahaja untuk bersama berbanding ketika sebelum menjadi ibu dan bapa. Hubungan
bersama akan menjadi semakin renggang kerana masa perlu dibahagi untuk menjaga
anak pula. Anda perlu mengekalkan habit “check in” ini sebelum
melahirkan anda agar ianya menjadi satu kebiasaan.
2. Menyusun masa hubungan intim
Keinginan seks
akan kembali memuncak setelah melahirkan anak. Setiap pasangan perlu menyusun
aktiviti seksual mereka dengan baik. Jika berlaku kekurangan terhadap aktiviti
ini akan menyebabkan berlakunya kerosakan rumahtangga. Kekerapan aktiviti
seksual adalah tepat buat anda pada saat ini kerana ianya mampu menghalang
daripada berlakunya pemberontakan jiwa dan keinginan. Ianya juga akan membantu
mengurangkan tekanan dan mengembalikan mood hubungan bersama pasangan
masing-masing. Kekalkan juga spontaneous sex seperti bercumbu, membelai,
sentuhan fizikal dan ucapan romantik.3. Damaikan kembali persengketaan
Jika anda hadapi
situasi perselisihan dihadapan anak-anak, damaikan kembali dengan cara yang
baik supaya anak-anak anda boleh menjadikan ianya sebagai model bagaimana
berselisih pandangan dengan adil dan kemudiannya berbaik semula.
4. Seimbangkan kerja rumah
Buat pria,
bermula saat ini anda perlu membantu isteri melakukan kerja rumah. Seimbangkan
kerja rumah agar si isteri tidak terbeban hanya melihat suaminya menonton
televisyen dan membaca akhbar sambil minum secawan kopi. Ketidakseimbangan
dalam melakukan kerja rumah merupakan salah satu penyumbang kepada kes
penceraian. Setelah anda bahagikan kerja rumah dengan baik, lakukan segera
tugas anda sebelum anda nyenyak tidur, sebelum anda bergaduh dan sebelum
ketiadaan masa. Secara tidak lansung, ia boleh dijadikan sokongan emperikal
buat pasangan anda untuk melayani anda dengan baik.
Smart baby
1. Menyusu selama setahun
Lebih lama lebih
baik. Anda akan mendapat anak yang cerdik, sihat dan ceria. Susu ibu merupakan
bahan terbaik dan yang paling praktikal dalam perkembangan minda anak.
Manfaatnya sememangnya diakui!
2. Sentiasa bercakap dengan bayi anda
Ianya semudah
mengatakan “Wah, hari yang sangat baik” apabila anda keluar menyaksikan
matahari terbit. Bercakap sahaja! Kadar 2100 patah perkataan sejam adalah kadar
yang terbaik.
3. Bina kilang coklat
Bina sebanyak
mungkin playground untuk anak anda yang terdiri daripada pelbagai elemen
berikut; ruang melukis, ruang mewarna, alat muzik, almari baju yang mempunyai
banyak kostum, blok, lego yang banyak, buku bergambar, gear dan tiub serta apa
sahaja yang boleh membina imaginasi mereka dan membolehkan mereka untuk explore.
Ianya seperti imaginasi dalam filem Willy Wonka and the Chocolate Factory.
Penulis memfokuskan pada seni artistik kerana kanak-kanak yang dilatih sebegitu
lebih mampu untuk melepasi rintangan, lebih fokus dan mempunyai markah yang
tinggi dalam IQ test.4. Bermain ‘opposite day’
Penulis
menceritakan tentang pengalaman beliau dalam bermain permainan ini bersama
anak-anaknya ketika mereka berusia 3 tahun. Secara mudahnya, anda perlu
melakukan sesuatu dan menyuruh anak anda memberikan respon yang bertentangan.
Sebagai contoh jika anda menunjukkan gambar bulan, bintang yang dihiasi dengan
warna hitam sebagai backgroundnya, anak anda perlu menyebut “Siang!” .Manakala
jika anda menunjukkan gambar matahari dihiasi langit biru sebagai background
maka anak anda perlu menyebut “Malam!” . Anda juga boleh bermain apa-apa
permainan yang memerlukan respon bertentangan daripada anak anda.
Antara contoh permainan yang boleh
saya selitkan lagi disini ialah permainan hantu pocong. Peraturannya ialah anak
anda perlu memberi respon yang bertentangan dengan arahan yang anda berikan. Sebagai
contoh jika anda memberi arahan agar anak anda lompat ke arah kiri, maka mereka
mesti melompat ke arah kanan dan begitulah sebaliknya. Kemudian anda perlu
cepatkan arahan dan melihat respon anak anda. Ianya membantu minda anak anda
untuk memproses informasi dengan pantas sekaligus melahirkan anak yang bijak.
5. Perhatikan tingkah laku anda
Salah satu kaedah
popular yang sering digunakan ibu bapa ialah direct instruction. “Makan
sayur!” “Jangan pergi dekat dengan orang yang tak kenal.” “Ikut abah” Namun
direct instruction bukanlah satu-satunya cara anak-anak belajar daripada
anda. Mereka juga melihat tingkah laku anda. Berikut sebahagian dari step yang
perlu anda lakukan:
Step 1:
Senaraikan semua sikap anda-tindakan dan percakapan. Adakah anda kerap ketawa?
Bersenam? Adakah anda mudah menangis? Adakah anda panas baran? Adakah anda
terlalu kerap dengan internet? Senaraikannya bersama pasangan anda.
Step 2: Nilai
senarai tersebut. Sama ada baik atau buruk sikap anda, itu lah yang akan
menjadi rujukan anak-anak. Tentukan sikap mana yang anda ingin mereka contohi
kemudian bulatkannya. Tentukan pula sikap mana yang anda tidak mahu mereka
contohi kemudian pangkahkan ia.
Step 3: Lakukan
sesuatu terhadap senarai ini. Praktikkan apa yang dibulat dan tinggalkan apa
yang dipangkah
6. Puji usaha anak dan bukan bakat anak
Biasakan diri
dengan sentiasa memuji dan memberikan reward pada anak-anak atas perkara baik
yang mereka lakukan. Pastikan anda memuji usaha yang mereka lakukan dan bukan
bakat yang mereka ada. Jika usaha mereka gagal, mereka akan lebih cenderung
untuk berusaha semula dan mencuba dengan lebih gigih.
0 comments:
Post a Comment