Thursday, 2 January 2014

Filled Under:

PUISI : Bukan Yang Layak - Ahmad Syahmi Yusof


BUKAN YANG LAYAK
oleh Ahmad Syahmi Yusof 
 

Tidak layak berbahas tentang cinta,
Kerna pernah sekali ia berlalu pergi,
Dek perbuatan sendiri aku berduka,
Tidak hairanlah gelaran itu aku miliki,

Terjerat didalam pilihan sendiri,
Antara realiti dan fantasi,
Tarik menarik seolah bertanding tiada henti,
Hingga akhirnya tiada siapa yang menjuarai,

Dengan gelaran itu aku membawa diri,
Bersama teka teki yang dilempari,
Sakit dihati tiada siapa yang mengerti,
Wujud atau hilang tiada siapa peduli,

Sukanya mereka bercerita,
Hingga yang tertutup menjadi terbuka,
Yang rahsia hilang makna,
Yang makna entah kemana,

Biarlah mereka berkata,
Biarlah mereka menduga,
Buruk atau baik sama sahaja,
Sama warna tiada beza,

Kini aku mula mencari,
Akan makna cinta hakiki dan suci,
Untuk aku mengakhiri perjalanan ini,
Dengan tenang tanpa sepi,

Izin aku mewarnai
Lukisan pudar tanpa seni
Agar kembali berseri lagi,
Menyinari taman hati yang sepi,

Kisah ini, kisah hati, rahsia sendiri,
Kisah putera bertemu puteri,
Biar ia tersimpan didalam hati,
Menjadi fantasi diawan impi,

Biarkan langkah ini pergi,
Biarkan mereka terus berbicara,
Sedang aku diam membungkam kata,
Kerna aku bukan yang layak melakar bicara,

15112013
0700
Perpustakan UiTM
Permatang Pauh
Pulau Pinang

Kitab Puisi dan Syair

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 PI- GEN.