LELAH DIRI YANG BERLARI
oleh Ahmad Syahmi Yusof
oleh Ahmad Syahmi Yusof
Tidak tahu bertapa mata ini telah lama menahan,
Dari terpejam dek kelalaian tidur yang panjang,
Hari tidak dibiarkan kosong tanpa pengisian,
Maka setiap detik diisi makna pengorbanan,
Berlari aku tanpa kenal erti lelah,
Demi sebuah cinta kepada ummah,
Kerna aku tidak mahu digelar lemah,
Maka aku kuatkan hati menjadi gagah,
Ada mata yang melihat,
Aku seakan manusia yang punah,
Kerna mencari sesuatu yang tak sudah,
Mereka hairan lantas memaling muka,
Namun aku tidak hairan kerna itulah dunia,
Ingin aku berjuang dengan apa adanya,
Walau hidup menjual bahagia,
Untunglah yakin melepasi segala rasa,
Yang diakhir perjalanan lara,
Dapatlah diri berehat dalam pelukan DIA.
25112013
1156
Permatang Pauh
Pulau Pinang
kitab syair dan puisi
,
Demi sebuah cinta kepada ummah,
Kerna aku tidak mahu digelar lemah,
Maka aku kuatkan hati menjadi gagah,
Ada mata yang melihat,
Aku seakan manusia yang punah,
Kerna mencari sesuatu yang tak sudah,
Mereka hairan lantas memaling muka,
Namun aku tidak hairan kerna itulah dunia,
Ingin aku berjuang dengan apa adanya,
Walau hidup menjual bahagia,
Untunglah yakin melepasi segala rasa,
Yang diakhir perjalanan lara,
Dapatlah diri berehat dalam pelukan DIA.
25112013
1156
Permatang Pauh
Pulau Pinang
kitab syair dan puisi
,
0 comments:
Post a Comment