ANDAI ENGKAU TAHU
oleh Ahmad Syahmi Yusof
Sayunya hati lemah tidak terkata..
Dek bedilan kata umpatan nista..
Kerana tahu manusia sukar menutup kata..
Aku membungkam kata tanpa bicara..
Aku biarkan alunan bisa itu berlalu..
Melalui lorong-lorong hati yang sayu..
Pedih yang dirasa dibiarkan kaku..
Hingga jiwa kaku menjadi tepu..
Aku simpan rasa tercalit duka..
Andai kau tahu bertapa aku sengsara..
Dek bedilan kata umpatan nista..
Pasti kau akan merasa apa yang aku rasa..
Telah lama waktu berlalu..
Hingga apabila tiba masa..
Maha benarNya dia dalam diriku..
Akan aku buktikan kebenaran dari jalan yang tidak disangka..
29012013
0803
Permatang Pauh,Pulau Pinang
Kitab Puisi
0 comments:
Post a Comment