Monday, 21 July 2014

Filled Under:

KOMIK : INI SUNNAH (EPISOD 1)


Larangan Mencela Makanan

Dilarang mencela makanan adalah petunjuk, adab, akhlak yang baik dan indahnya pergaulan Nabi S.A.W. Al-Bukhari no 5409 dan Muslim no.2064 meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud:

"Nabi S.A.W tidak pernah mencela makanan walau hanya sekali; jika baginda suka, baginda memakannya; dan jika tidak suka, baginda meninggalkannya."

Menurut Imam an-Nawawi, melalui hadis ini terkandung larangan mencela makanan kerana ia termasuk salah satu adab makan. Ucapan yang termasuk mencela makanan, di antaranya : Makanan ini terlalu masin; kurang garam;masam;tawar;terlalu masak;kurang masak; dan sebagainya.Namun begitu,hadis yang menyebutkan bahawa baginda S.A.W tidak makan biawak bukanlah termasuk mencela makanan. Baginda hanya menjelaskan bahawa makanan itu tidak disukai.(Syarah Muslim 7/275 cetakan Darul Hadis)

Ibnu Hajar menjelaskan,Nabi S.A.W tidak pernah mencela makanan walaupun hanya sekali ke atas makanan yang mubah.Adapun makanan haram,baginda mencela dan melarang untuk mengambilnya.Sebahagian ulama berpendapat, mencela makanan yang diciptakan Allah makruh hukumnya.Manakala mencela makanan yang dibuat manusia tidaklah dimakruhkan. Alasan mereka, makanan ciptaan Allah tidak tercela,sedangkan makanan buatan manusia adalah tercela.
Menurut Ibnu Hajar, makanan yang dimaksudkan oleh hadis di atas adalah secara umum.Dilarang mencela makanan kerana ia akan menyakiti hati si pembuat makanan.Kemudian Ibnu hajar menukil ringkasan pernyataan Nawawi yang telah disebutkan sebelumnya.Sila rujuk kitab Fathul Baarii 9/458.

Ibnu Hajar dalam Fathul Baarii 4/459 juga menjelaskan tentang maksud 'bila tidak suka,baginda meninggalkannya.' Ini dapat dilihat semasa kejadian baginda tidak mahu makan daging biawak.Dalam riwayat Abu Yahya (HR.Muslim no 2064 atau no khusus 188) : "Apabila beliau tidak suka,beliau diam, iaitu tidak mencelanya "

Menurut Ibnu Battal,perbuatan demikian adalah termasuk akhlak yang baik.Ini kerana kemungkinan besar apa yang kita tidak suka,disukai oleh orang lain. Semua jenis makanan yang dibolehkan untuk dimakan menurut kaca mata syariat tidak tercela . (Sila lihat kitab Syarah Riyadus Salihin Tulisan Ibnu Utsaimin 7/209)

Sumber : 100 Sunnah Rasulullah S.A.W yang dilupakan tulisan Haifa Abdullah Ar-Rasyid

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 PI- GEN.