Mereka kata aku wahabi kerna aku aktif
bersama Institut al Qayyim
Mereka kata aku liberal kerna menganjurkan
debat bersama Benz Ali
Mereka kata aku punca orang awam terpikat
dengan syiah
Mereka kata pemikiranku sonsang kerna
postingku berkaitan wehdatul wujud.
Mereka kata aku pluralist
Mereka juga kata aku sesat dalam falsafah
yunani
Kata mereka "usah sibukkan diri kamu
dari berfikir tentang yang lain.Pasakkan Ahlussunnah wal jamaah terlebih
dahulu!"
Mereka kata aku celaru
Ah...aku ini bagaimana atau kau yang harus
bagaimana!
Mereka tidak lain hanya terperangkap dan
sesat dalam aliran mereka
Betapa takutnya mereka berfikir dan memahami
aliran lain
Bagaimana kamu boleh menghukum sesuatu aliran
sedangkan kamu tidak terjun ke dalamnya terlebih dahulu
Kamu tidak lain hanya gopoh
Kurangnya kamu bersabar
Kamu telah menyangka kamu lah kebenaran
Sedangkan kamu sama seperti mereka
Kamu juga hanya mewarisi pemikiran orang
tanpa kamu menggerakkan akal untuk berfikir
Maka apa yang membezakan kamu dengan non
muslim?
Mereka juga beriman dengan agama mereka
melalui warisan seperti kamu juga,
Mereka juga menyangka mereka kebenaran
Mereka juga dinasihat agar jangan sibukkan
diri berfikir tentang Islam kerana agama sendiri pun belum cukup kukuh
Akhirnya kamu dan dia menjadi sang pengecut
kerana dimomokkan oleh cerita "hantu" yang saban tahun diceritakan
padamu.
Kamu menyangka didalam "hutan" ada
pontianak sundal sedangkan kamu belum lagi terjun ke dalam "hutan".
Ketakutan kamu adalah apa yang kamu tidak Nampak
Sahabat, terjun lah ke dalam seluruh pelusuk
ilmu agar kamu jelas apa dibalik yang kamu takutkan itu
Agar kamu faham tindakan orang
Agar kamu faham apa yang dimaksudkan dengan
kebenaran yang sebenar.
Agar kamu lebih tawadhuk
0 comments:
Post a Comment