ULASAN BULATAN GEMBIRA 4.0
Tarikh: 15 Jun 2013
Tempat: Taman Belia, Pulau Pinang
Tajuk pembentangan:
1) Isu-isu Sekitar Syaaban dan Ramadhan (Ashraf Idris)
2) Pengalaman Berniqab (Nursyafiqah Razmi)
3) Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps (Sashareena Adnan)
Alhamdulillah. Selesai sudah segala pembentangan, perkongsian dan soal jawab pada Bulatan Gembira 4.0 ini. Terima kasih kepada yang sudi hadir dan tahniah atas sumbangan pelbagai sudut terutama dari segi respon yang cukup baik sewaktu pembentangan dan sesi Q & A tadi.
Walaupun lokasi program terpaksa ditukar ke Taman Belia kerana penutupan Taman Botanical, program tetap berjalan dengan lancar. Slot yang paling menonjol dilihat pada pembentangan "Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps". Mungkin kerana topik ini sangat menyentuh kehidupan seharian kita. Topik "Isu-isu Sekitar Syaaban dan Ramadhan" juga dilihat menarik kerana banyak soalan mengenai topik ini ditanya oleh peserta semasa sesi Q & A. Slot "Pengalaman Berniqab" juga tidak kurang mencuri tumpuan para peserta. Tahniah kepada ketiga-tiga pembentang yang berjaya membentangkan topik masing-masing.
Sewaktu diskusi dijalankan |
Selepas habis semua pembentangan, sesi bergambar sempena Hari Untukmu Syria juga diadakan. Semoga dapat memberi kesedaran kepada orang awam tentang isu ini.
Solidariti untuk Syria |
Beberapa idea telah dicetus semasa Bulatan Gembira 4.0 ini. Nantikan pula kemunculan Bulatan Gembira 5.0 yang akan datang!
Bersama Menjadi Generasi Berintelek!
0 comments:
Post a Comment