Mahasiswa, Gerakan dan Keilmuan (II)
oleh Nur Fadhilah Zaharin
Dalam era
tersebut, sebenarnya gerakan radikal tidak terlalu didominasi oleh setiap
anggota mahasiswa tetapi yang terlibat adalah sebahagiannya sahaja.
Walaubagaimanapun, kita tidaklah menyokong tindakan orang-orang yang mengambil
sikap AKUTIDAKPEDULISME terhadap isu-isu yang berlaku.
Pelaksanaan
AUKU
Pada tahun 1971, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 telah diluluskan oleh parlimen dan ia mendapat tentangan daripada banyak pihak termasuk PBMUM kerana AUKU telah menjejaskan kegiatan mahasiswa yang bersifat ‘advokasi’ namun masih membenarkan program-program lain yang berbentuk ‘aktiviti’ dan ‘bakti’. Selepas AUKU dilaksanakan, timbul rasa tergugat dan budaya takut (culture of fear) ahli-ahli serta pemimpin gerakan mahasiswa yang sebelum ini bersifat radikal. Mahasiswa gentar untuk berpolitik menyebabkan gerakan mahasiswa menjadi semakin lesu.
Namun, ada juga pihak yang menafikan kenyataan seperti ini dan mereka melihat gerakan mahasiswa kekal aktif selepas AUKU diperkenalkan tetapi sudut pandang mereka hanyalah tertumpu pada program berbentuk ‘aktiviti’ dan ‘bakti’ sahaja tanpa melihat kepada program berbentuk ‘advokasi’.
Di celah-celah kekecewaan itu, terdapat juga mahasiswa yang masih berani menggesa kerajaan supaya meminda semula AUKU namun tidak berjaya.
Menurut Dato’ Saifuddin Abdullah, dalam perbahasan mengenai AUKU, umumnya terdapat tiga pandangan yang utama:
Pandangan yang pertama ialah yang menerima
bulat-bulat AUKU 1975. Pandangan yang kedua ialah yang menolak bulat-bulat
AUKU. Kedua-dua pandangan ini adakalanya mencerminkan pendirian politik yang
dianuti oleh pemegang pandangan tersebut. Adakalanya pula, pandangan pertama
mempunyai hujah-hujah yang bernas tetapi sukar dibentangkan kepada khalayak.
Manakala, adakalanya pandangan kedua terbit daripada kurang membuat penelitian
terhadap AUKU itu sendiri.
Dalam hal ini, wujud pandangan ketiga,
iaitu yang sederhana. Pandangan ini menerima kewajaran mewujudkan AUKU
1971, tetapi meminta agar beberapa Seksyen, sama ada pada AUKU 1971 atau pada Pindaan
1975 itu dipinda supaya mahasiswa dapat kembali kebebasan mereka.
Untuk ketiga-tiga pandangan tersebut, saya lebih cenderung untuk
memilih pandangan ketiga kerana tidak semua perkara dalam AUKU boleh ditolak
kerana terdapat juga kebenaran di celah-celahnya di samping kebatilan yang
sememangnya harus ditangani malahan boleh dimusnahkan terus.
Faktor Kelesuan Gerakan Mahasiswa Selain AUKU
Meninjau kembali era mahasiswa 60-an dan 70-an, mahasiswa masih
kecil bilangannya dan masyarakat sangat memandang tinggi pendapat golongan
terpelajar ketika itu. Namun setelah munculnya banyak universiti bermula dengan
Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1975 diikuti dengan pertumbuhan IPTS
yang semakin meningkat bilangannya dari tahun ke tahun, golongan kecil tadi sudah
semakin membesar bilangannya dan masyarakat sudah semakin terbiasa dengan
golongan terpelajar menyebabkan suara mereka sudah tidak lagi diambil serius.
Sementara itu, kelahiran badan-badan masyarakat sivil (CSO) juga turut
menyebabkan gerakan mahasiswa semakin tenggelam kerana badan-badan ini giat mencampuri
urusan politik negara. Pemimpin-pemimpin parti politik yang sebelum ini
merupakan pendokong gerakan mahasiswa mengakibatkan bukan lagi gerakan mahasiswa
yang mempengaruhi parti politik, tetapi sebaliknya parti politik yang
mempengaruhi gerakan mahasiswa.
Gerakan Islam adalah suatu gerakan yang serius. Wujudnya gerakan pelajar
Islam bukanlah sekadar ‘young man opposing without cause’, tetapi penuh rasa
sedar sebagai golongan independent and persuasive force, membina
gelombang kebangkitan semula ummah (re-emergence). Inilah yang kita harapkan daripada gerakan Islam.
Lalu, timbul kebimbangan terhadap kualiti pemimpin negara pada masa akan
datang. Apakah mahasiswa mampu menerajui negara ini dengan baik hanya
berbekalkan aktiviti di sekitar kampus sahaja? Bolehkah mahasiswa
mengeluarkan hujah-hujah yang relevan tentang isu-isu semasa yang
berbangkit sama ada yang melibatkan isu-isu di dalam mahupun luar
negara?
Beberapa hari yang lalu, Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, mempersoalkan prestasi ahli Parlimen muda di Parlimen yang dikatakan kurang stamina dan kelihatan lesu ketika berbahas.
Beberapa hari yang lalu, Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, mempersoalkan prestasi ahli Parlimen muda di Parlimen yang dikatakan kurang stamina dan kelihatan lesu ketika berbahas.
Menurut
Agus, setelah enam bulan pilihan raya umum berlalu hanya beberapa ahli Parlimen
muda yang kelihatan aktif di Parlimen.
"Dari barisan pembangkang saya melihat yang aktif di Parlimen adalah dari DAP dan PKR, itupun beberapa sahaja yang betul-betul aktif.
"...dari Pas, saya melihat ahli Parlimen mudanya sepi. Jika meragui kenyataan saya ini, pergilah ke Parlimen, sunyi!" katanya yang ditulis dalam laman sosial Facebook miliknya.
Beliau mengambil contoh, semasa perbahasan laporan audit, suara dari ahli Parlimen muda Pas tidak ada yang dapat dibanggakan. Tetapi dari PKR mujur ada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, 33, yang lantang bersuara.
"Sementara dari DAP, saya lihat ramai yang menyerlah, antaranya Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari."
"Tetapi apa yang saya puas hati ialah dengan YB Khairy Jamaluddin, 37, sebagai menteri Kabinet," katanya.
Apakah ini kesan yang timbul akibat terkuburnya program ‘advokasi’ yang pernah dicetuskan oleh mahasiswa suatu ketika dahulu? Jika ya dan keadaan ini berterusan, apakah nasib yang bakal menimpa negara ini pada masa akan datang sekiranya pemimpin semakin kelu untuk berkata-kata dalam mempertahankan hak-hak yang sewajarnya dipertahankan?
"Dari barisan pembangkang saya melihat yang aktif di Parlimen adalah dari DAP dan PKR, itupun beberapa sahaja yang betul-betul aktif.
"...dari Pas, saya melihat ahli Parlimen mudanya sepi. Jika meragui kenyataan saya ini, pergilah ke Parlimen, sunyi!" katanya yang ditulis dalam laman sosial Facebook miliknya.
Beliau mengambil contoh, semasa perbahasan laporan audit, suara dari ahli Parlimen muda Pas tidak ada yang dapat dibanggakan. Tetapi dari PKR mujur ada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, 33, yang lantang bersuara.
"Sementara dari DAP, saya lihat ramai yang menyerlah, antaranya Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari."
"Tetapi apa yang saya puas hati ialah dengan YB Khairy Jamaluddin, 37, sebagai menteri Kabinet," katanya.
Apakah ini kesan yang timbul akibat terkuburnya program ‘advokasi’ yang pernah dicetuskan oleh mahasiswa suatu ketika dahulu? Jika ya dan keadaan ini berterusan, apakah nasib yang bakal menimpa negara ini pada masa akan datang sekiranya pemimpin semakin kelu untuk berkata-kata dalam mempertahankan hak-hak yang sewajarnya dipertahankan?
Kita tidak perlu melihat situasi ini hanya dalam parlimen sahaja tetapi
bayangkan sekiranya sektor-sektor lain selain parlimen, pemimpin mudanya sangat
pasif dan tiada keberanian serta kesungguhan untuk mengeluarkan idea-idea
baharu. Paling gerun, muncul pula pemimpin-pemimpin yang cuma pandai membuat
provokasi contohnya seperti membuat bising di parlimen, menimbulkan
kekecohan serta bertindak secara tidak profesional di dalam dewan parlimen
sedangkan sidang parlimen adalah medium untuk pemimpin mengeluarkan hujah-hujah
yang bernas.
Dan kita tidak mahu orang-orang yang
seperti katak melalak untuk memimpin negara ini.
Harapan
Gerakan Islam
Semasa era kejatuhan gerakan
mahasiswa, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) berusaha sedaya
upaya memulihkan gerakan pelajar Islam yang telah dilumpuhkan AUKU. PMIUM
mengubah bentuk perjuangannya yang agresif kepada usaha pemantapan peribadi
yang selaras dengan trend kebangkitan Islam pada ketika itu. Pendekatan dakwah
telah memberi nafas baru kepada gerakan mahasiswa.
Gerakan Islam sedikit sebanyak telah menyelamatkan gerakan mahasiswa di
mana atas landasan Islam, mahasiswa dapat menyuarakan rasa tidak puas hati,
memberi tenaga, berbakti kepada masyarakat serta mencari ketenangan daripada
kehidupan kampus dan kota. Apapun, gerakan Islam masih belum diketahui sangat
pada masa itu menyebabkan mereka mudah untuk bangkit. Kerajaan pula tidak
melihat gerakan Islam sebagai suatu ancaman kerana mereka tidak membawa
ideologi yang memperjuangkan isu-isu sosio-ekonomi.
Persoalannya,
sejauh manakah impak perjuangan gerakan Islam terhadap masyarakat? Walaupun
aktiviti usrah serta program-program keagamaan yang lain rancak dijalankan,
namun gerakan Islam masih tidak terlepas untuk dikritik sama ada daripada golongan intelektual mahupun orang-orang kebanyakan.
Kritikan adalah suatu perkara yang normal dan harus diterima oleh semua
pihak kerana manusia sememangnya tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Di
ruangan ini bukanlah bermaksud saya ‘menghentam’ gerakan Islam kerana saya juga
pernah berada di dalamnya sewaktu zaman sekolah dan universiti. Kerana itu,
saya mengetahui serba sedikit apakah kelebihan dan kekurangan gerakan Islam itu
sendiri. Saya kira, mana-mana gerakan pun tidak seharusnya merasa terlalu
selesa dengan kedudukan dan taraf penghormatan yang diberikan oleh masyarakat
tanpa kebimbangan terhadap kesalahan yang dilakukan secara tidak sedar tetapi
amat diteliti oleh sesetengah pihak. Oleh kerana kritikan terhadap gerakan
Islam biasanya ditujukan pada sudut keilmuan, saya tertarik untuk berkongsi di
ruangan ini kerana ia selari dengan topik yang saya bawa untuk sama-sama kita
bermuhasabah dan memperbaiki apa yang patut terhadap gerakan yang menjadi harapan
masyarakat ini.
Sebahagian golongan intelektual
telah mengkritik gerakan Islam atas ideologi yang mereka bawa di mana
ideologi mereka banyak berpandukan ideologi dari gerakan Ikhwanul
Muslimin yang diasaskan oleh Imam Hassan
Al-Banna di Mesir. Apa yang menjadi buah mulut golongan yang mengkritik
adalah
sistem yang dibawa ke dalam usrah dan beberapa aktiviti di dalam gerakan
Islam.
Silibus Fathi Yakan dan rujukan terhadap kitab-kita tertentu seperti
Maza Ya’ni
yang agak ketinggalan dalam ruang semasa menyebabkan ianya dikritik
hebat
kerana seolah-olah mengehadkan perkembangan ilmu yang sepatutnya lebih
meluas. Bahan
bacaan yang cuma tertumpu pada kitab-kitab tertentu menyebabkan
ahli-ahli
gerakan Islam terikat pada lingkungan sudut keilmuan kitab-kitab
tersebut sahaja.
Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, ulama dari gerakan Ikhwanul Muslimin pernah memberi sedikit teguran terhadap gerakan
Ikhwanul Muslimin Mesir. Tegurannya berbunyi:
“Kerana itulah aku melihat adanya
kekurangan dalam jemaah Ikhwan iaitu kurangnya matlamat keilmuan di kalangan anggotanya.”
Di ruangan yang lain, beliau menulis:
“Mereka terus mendorongku berdakwah,
namun sayangnya mereka kurang memikirkan bagaimana mereka dapat melatih dan
mendidik para pendakwah untuk membuat persiapan dan memilih bahan bacaan yang
sesuai untuk pertemuan atau ceramahnya di tempat-tempat itu.”
Realiti ini berlaku di Mesir dan ia
turut terpalit pada gerakan-gerakan Islam di Malaysia yang menyanjungi gerakan
Ikhwanul Muslimin Mesir. Keadaan ini terjadi mungkin kerana mereka terlalu mengagungkan
mursyid dan pengasas gerakan Ikhwan, Ustaz Hasan Al-Banna semasa hayatnya
sehinggakan sewaktu Ustaz Al-Banna sibuk dengan tugas dakwah yang lain, mereka dapat diungkapkan seperti:
‘hilanglah uncang-uncang mereka,
lenyaplah barang-barang mereka dan sedikitlah barang dagangan yang mereka dapat
jual di pasar.’
Ustaz Al-Banna telah dapat mengagak bahawa keadaan seperti ini akan terjadi
lalu beliau telah menerbitkan majalah Asy-Syihab yang mengandungi bahan-bahan
penulisan bersifat ilmiah dan membina pemikiran. Tetapi, majalah sahaja tidak
cukup. Ia perlu ditambah dengan pertemuan berbentuk forum yang membentuk cara
berfikir dan ia perlu diadakan dengan mendahulukan prinsip ilmu sebelum
beramal. Sebagaimana yang diajar dalam al-Quran dan Sunnah, Allah berfirman:
“Bacalah dengan nama Tuhanmu…”
Selain itu, gerakan Islam haruslah keluar daripada prinsip as-sam’u wa
tha’ah (dengar dan taat) yang terbit daripada pengajaran kisah yang
kurang sesuai dikaitkan dengan sudut keilmuan iaitu sebagaimana
kata-kata nabi Ismail kepada bapanya,
nabi Ibrahim:
“Wahai ayahku, lakukanlah apa yang
diperintahkan oleh Allah kepadamu.”
Prinsip as-sam’u wa tha’ah ini perlu dikeluarkan dari ruang keilmuan dan
kita perlu membuang jauh-jauh rasa takut bila lahirnya pemikiran baru yang
mendorong untuk banyak bertanya – Untuk apa? Kenapa? Dan tidak lagi mengatakan:
Ya kami dengar dan kami taat.
Kesemua elemen yang menyekat kebebasan berfikir perlu dihapuskan tetapi
mestilah dipandu supaya tidak lari daripada landasan al-Quran dan Sunnah.
Selain itu, terdapat juga beberapa teguran daripada sarjana Barat yang
perlu diambil kira seperti teguran daripada Prof. J.L Esposito. Beliau
mengatakan:
“…theoretical
or ideological statements are often not accompanied by specific models for
change. Islamic movements tends to be more specific about what they are against
than what they are for. While all may speak of an Islamic order or state, of
implementation of the Sharia, of a society grounded more firmly on Islamic
values, the details are often vague. This has been true for older movement such
as Egypt’s Muslim Brotherhood as well as for more recent groups.”
Di saat ini, kita seharusnya meneliti teguran ini dengan hati yang murni
sambil mengetepikan emosi yang menyekat kebenaran untuk muncul.
Gerakan Mahasiswa Bersama Keilmuan
Dr. Ali Syariati telah mendefinisikan
tamadun sebagai seluruh himpunan mental dan spiritual umat manusia. Ini
bermakna, tamadun yang baik bukanlah yang hanya baik dari salah satu aspeknya
(mental dan spiritual) sahaja bahkan ia harus merangkumi kedua-duanya sekali.
Malek Ben Nabi pula menjelaskan
definisi tamadun seperti berikut:
“Tamadun
ialah satu bentuk kehidupan manusia yang dapat mempergunakan unsur-unsur alam
material dengan sebaik-baiknya untuk memudahkan hidupnya di dunia ini dengan
mengambil nilai-nilai kerohanian sebagai dasar perjuangan. Sebarang usaha pembinaan
tamadun yang tidak berteraskan kerohanian pasti tidak akan berjaya atau tidak
akan bertahan lama.”
Penggunaan kata tamadun sesuai untuk disepadankan dengan ideologi yang
dibawa oleh mahasiswa dalam sesebuah gerakan. Berdasarkan kedua-dua definisi
tadi, jelaslah bahawa gerakan mahasiswa perlu bergerak bersama keilmuan
disamping menjadikan nilai kerohanian sebagai dasar perjuangan.
Namun begitu, kita perlu menerima hakikat bahawa cabaran untuk membawa
pengaruh keilmuan sangatlah besar pada zaman ini. Keadaan teknologi yang
berkembang maju bersama hiburan membuat manusia hilang arah untuk melakukan
suruhan Allah dalam surah Al-Alaq. Fokus manusia pada zaman ini lebih tertumpu
pada soal kehidupan yang adakalanya sangat remeh-temeh dan mereka juga
adakalanya bergaduh berkenaan soal remeh temeh juga umpamanya soal kecantikan
diri dan gosip hiburan.
Kemudian, timbul pula bibit-bibit kelalaian manusia zaman ini bila
laman-laman sosial mula mendominasi pemikiran sosial yang berbentuk hiburan dan
‘jaga tepi kain orang’ di alam maya. Tidaklah salah seseorang itu untuk
mengambil kira serba sedikit soal-soal begitu tetapi bila ianya terlalu dijadikan bahan utama
dalam kehidupan, kita semakin meremehkan fungsi akal yang sepatutnya digunakan
untuk berfikir hal-hal realiti yang sepatutnya.
Berbalik pada persoalan bagaimana untuk mewujudkan budaya ilmu di
dalam masyarakat terutamanya dalam kelompok mahasiswa itu sendiri. Sebelum itu,
saya suka untuk memetik kata-kata ustaz Hasrizal di dalam laman sesawangnya saifulislam.com:
“...manusia
tidak bertindak berasaskan apa yang dia tahu. Sebaliknya manusia bertindak
berasaskan apa yang dia MAHU. Tahu sahaja belum cukup. Tahu mesti mendatangkan
MAHU. Dan apabila kita bercakap tentang mahu, ia bukan lagi soal akal. Ia bukan
lagi soal rasional dan logik. Ia soal hati, soal perasaan. Mahu itu perbuatan
emosi. Dan emosi perlu dilentur dan dibentuk dengan cara hati, bukan cara akal.”
Maka apakah dengan cara kita yang hanya
menyuruh orang-orang membaca buku dapat menyuntik sedar mereka terhadap
keilmuan?
Sebenarnya menurut beberapa kajian yang telah dilakukan, kita dapat merumuskan
bahawa pembacaan yang dilakukan oleh seseorang tidak berlaku dengan pemikiran
yang kosong - tanpa tujuan, jangkaan dan pengetahuan serta pengalaman lalu
tentang apa yang hendak dibaca. Lazimnya, seseorang murid itu akan membawa
tujuan, jangkaan dan pengetahuan lalu kepada apa yang dibacanya. Justeru itu,
dalam perlakuan membaca, kebolehan untuk mengaitkan dan mengintegrasikan segala
aspek tersebut adalah penting bagi menghasilkan sebuah pembacaan dengan
kefahaman.
Jadi, pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh seseorang sebenarnya amat
mempengaruhi cara mereka berfikir. Mahasiswa hari ini begitu diselubungi
perasaan takut bila berbicara soal politik. Bagi mereka, politik terlalu
kompleks dan mereka juga biasanya dikelilingi oleh perasaan gerun terhadap
pihak atasan.
Baiklah. Kita sama sekali tidak memaksa orang untuk berpolitik. Mustahil
semua orang perlu digalakkan untuk berpolitik kemudian disumbatkan
beramai-ramai ke dalam dewan parlimen. Ini fahaman yang salah terhadap politik.
Sebenarnya, kita tidak perlu menyebelahi sesiapa atau mana-mana kelompok
walaupun manusia itu ada kecenderungannya yang tersendiri. Namun kita amat
menggalakkan supaya wujud budaya penilaian dan penelitian yang baik terhadap
sesuatu perkara ataupun isu berbangkit yang melibatkan rakyat.
Menceburkan diri dalam politik kepartian bukanlah satu-satunya cara
untuk mewujudkan karisma kepimpinan sebaliknya, apa yang penting ialah kesudian
untuk mempelajari sejarah lalu dan mendalami ilmu bagi menghasilkan
idea-idea baru. Itulah yang diperlukan oleh seorang pemimpin sebenarnya. Sifat
keinginan untuk memimpin seharusnya mendorong seseorang untuk meluaskan lagi
rangka pengetahuannya ke tahap yang lebih mencabar. Tetapi apa pula jenis ilmu
yang patut diselami?
Kita tidak boleh menghalang kecenderungan seseorang untuk memilih
bidang-bidang yang mereka minati. Semua orang mempunyai hak untuk bebas dalam
berfikir dan mengkaji selagi syariat tidak menghalangnya. Oleh itu, pecahkanlah
keraguan dalam hati untuk menceburkan diri dalam bidang-bidang berfaedah yang
diminati. Apapun, belia hari ini seharusnya mendahulukan perkara yang paling utama
berbanding yang utama. Mereka perlu mendahulukan hak-hak berkaitan komuniti
berbanding hak individu sepertimana Dr. Yusuf Al-Qaradhawi jelaskan di dalam kitabnya yang bertajuk Fiqh Keutamaan.
Kemudian, mereka perlu meluaskan ilmu ke tahap yang tinggi supaya
benda-benda yang remeh temeh dapat dijauhkan sekaligus dapat menaikkan lagi
taraf sosial sesebuah masyarakat.
Cuba kita lihat pula tajuk-tajuk drama berikut:
Cuba kita lihat pula tajuk-tajuk drama berikut:
Sebenarnya saya isteri dia
Playboy itu suamiku
Love you Mr Arrogant
Demi dia
Cinta itu milikku
Setia hujung nyawa
Sedetik cinta
Playboy itu suamiku
Love you Mr Arrogant
Demi dia
Cinta itu milikku
Setia hujung nyawa
Sedetik cinta
Drama-drama Melayu
yang sedikit sebanyak melalaikan. Bukanlah salah jika hendak menontonnya tetapi elakkanlah ia
daripada menjejaskan cara kita bertindak dan berfikir.
Nikah Itu Cinta
Kahwin Muda: Oh Indahnya!
Mengurat Vs Dingurat
Ada Apa Dengan Cinta?
Nampak sama tetapi
tidak serupa. Namun itu bukanlah persoalannya. Apa yang hendak
ditekankan di
sini ialah kita terlalu sibuk membicarakan soal cinta hingga tajuk-tajuk
ini
telah terlebih dos dan mendominasi sebahagian besar pemikiran masyarakat
menyebabkan
masyarakat kita menjadi malas untuk melibatkan diri dengan isu-isu yang
memerlukan
untuk berfikir perkara-perkara berat. Ilmu agama cuma diteliti pada
rangka luarnya dan jarang sekali diajak untuk meneroka ke ruang dalamnya
menyebabkan ramai yang menjadi
keliru dengan tafsiran-tafsiran agama yang dibawa oleh para ulama.
Selain itu, budaya games juga
menyerang sebahagian besar aktiviti masyarakat pada hari ini. Remaja
terutamanya disibukkan dengan games yang cuma mencatatkan kemenangan
pada skrin semata. Seperti hal tadi, bukanlah salah jika hendak bermain games
tetapi kita harus menyeimbangkan dengan kegiatan keilmuan dan kita tidak boleh
ditipu oleh permainan ini yang hanya menjanjikan kemenangan bersifat sementara.
Kesimpulan
Oleh itu, apakah mahasiswa boleh melibatkan diri dengan politik? Jika ia dilihat sebagai proses pendidikan dan pendedahan kepemimpinan yang bersifat experiencial learning dalam dunia sebenar, maka apa salahnya jika mahasiswa berpolitik di dalam kampus? Tentu pendekatan ini lebih berkesan daripada membaca dan berteori semata-mata.
Oleh itu, apakah mahasiswa boleh melibatkan diri dengan politik? Jika ia dilihat sebagai proses pendidikan dan pendedahan kepemimpinan yang bersifat experiencial learning dalam dunia sebenar, maka apa salahnya jika mahasiswa berpolitik di dalam kampus? Tentu pendekatan ini lebih berkesan daripada membaca dan berteori semata-mata.
Jika mahasiswa melakukan kesalahan, maka sepatutnya mahasiswa perlu diperbetulkan, bukannya
dihukum. Apabila tidak boleh diperbetulkan, maka barulah dihukum. Tetapi,
hukuman mestilah dibuat dan dilihat sebagai dibuat dengan adil, bukannya secara
terlalu keras seperti peruntukan AUKU 1975.
Namun, realiti hari ini menghalang semua itu sama sekali. Justeru, bagi
memujuk jiwa merdeka yang gundah disebabkan keterikatan ini, mahasiswa
perlu keluar mencari kebebasan sendiri. Kebebasan tersebut adalah
membebaskan diri dari kebebalan. Kerana itu ilmu sangat penting
diperoleh daripada pembacaan dan pengalaman supaya kita dapat membuat
penilaian dengan baik. Hal ini juga mestilah disusuli dengan sifat adil
dalam menimbang tara maklumat agar kita tidak terlalu dipengaruhi
semangat kelompok ataupun parti yang adakalanya lebih mengutamakan emosi
dalam membuat sesuatu keputusan.
Orang
muda sememangnya terkenal dengan idea-idea yang baharu tetapi jika orang
muda
malas membaca, mereka hanya mampu untuk mengulangi idea-idea lapuk dan
lama. Oleh itu, usah segan ilmu. Mari baca dan ramas buku.
Kita berada di sini bukan sebagai
boneka yang mudah diperbodohkan kerana kita adalah golongan terpelajar.
Dan negara ini, masa hadapannya ditentukan oleh kita – MAHASISWA.
Dan negara ini, masa hadapannya ditentukan oleh kita – MAHASISWA.
Rujukan
(2013, November 12). Retrieved
November 14, 2013, from Sinar harian:
(2013, November 11). Retrieved November
14, 2013, from saifulislam.com:
Saifuddin Abdullah. (2009). Kalau Saya Mahasiswa. E-Book.
Yusuf Al-Qaradhawi. Aku dan Al-Ikhwan Al-Muslimin . Mutiara Ilmu Selekta.
Riduan. (2007). Potret
Perjuangan Mahasiswa dalam Cerminan Dekad. Jundi Resources.
Kamarudin. (1996). Penguasaan
Kemahiran Membaca: Kaedah dan Teknik Membaca. Kumpulan Budiman.
Mustaffa. (1991). Gerakan
Pelajar-Mahasiswa: Misi dan Visi. Budaya Ilmu.
Badlihisham. Dinamisme Gerakan Islam dan Cabaran Semasa. Karisma
Publications.
0 comments:
Post a Comment