Perjalanan
oleh Islam_Indah
Hati dan jiwaku terbelah
kerana cinta,
Yang mendekatkanku kepada Pencipta,
Kamukah yang mengisi ruang kosong
dalam kelam cahaya,
Atau sekadar pujangga yang
melafazkan kata..
Kala terfikir dunia itu bagai
syurga,
Tersilap langkah mengheret
ke neraka,
Mencari yang abadi syurganya
di sana,
Jangan kerana indahnya dunia
kamu terlupa akan ia..
Dalam redup dan kelam
malam ku bangun menghadap Tuhan,
Menangis mengadukan
pengharapan,
Supaya perjalanan diatur
penuh keredhaan,
Dan terpimpin indah dengan
nikmat Tuhan
0 comments:
Post a Comment