Ibu, kau yang bersalah!
oleh Skepticalnoob (SN)
Ibu,
Aku kini
sudah dewasa,
Tidakkah kau
dapat melihat, aku punya ramai teman?
Bagaimana bisa
aku duduk terperap di rumah menemanimu.
Aku tahu kau
penat bekerja,
Tapi apa kau
tahu aku penat belajar.
Kau hanya
belajar setakat alif, ba, ta,
Aku belajar
sehingga ke menara gading.
Aku lebih
pintar IT daripada kau,
Kau baru mahu
merasa menggunakan telefon pintar,
Ah, banyak
sungguh pertanyaanmu mengenai alam maya,
Aku sibuk,
sibuk melayan teman-temanku,
Aku sibuk
mahu menjadi pakar motivasi untuk rakan lain jantinaku,
Aku sibuk
mahu merancang pergi ke tempat-tempat baru,
Kau
memanggilku lembut, berkali-kali,
Ah,bising!!!
Dengusku…
Ibu,
Kau harus
faham,
Darah mudaku,
darah panas,
Kau harus faham,
Aku sibuk
mengejar sijil menara gadingku,
Kau harus
tahu,
Aku masih
perlu mengumpul wang untuk membeli baju baru,
Kau harus
tahu,
Wang yang kau
beri aku tahulah aku nak belanjakannya,
Kau harus
tahu,
Aku sudah
besar, tidak suka dikongkong.
Cakap sekali
aku sudah mengerti,
Mengapa perlu
berulang kali?
Kau harus
tahu.
Setiap permintaanku
harus disusuli ketundukanmu,
Setiap kali
aku mengingini sesuatu,
Harus kau
turuti,
Masa, wang,
tenaga,
Bukankah
harus kau kerah demi sahammu ini?
Saat sesuap
rezeki baru menerjah ke mulutmu,
Aku membentak
duit diberikan,
Air matamu
melurut,
Menahan rasa
kesabaran,
Tidak
tertelan rasanya makanan itu,
Berlari anak
ke kamar,
Mutiara
matamu gugur jua.
Aku peduli
apa?
Penat lelah,
jerih perih kau.
Bukankah itu
bahagian kau?
Bukankah
setelah kau penat melahirkan aku,
Mengandungkan
aku 9 bulan,
Tidur ke
kanan tidak bisa, ke kiri tidak celus,
Berjalan
sehingga urat kakimu kelihatan,
Pisau
membelah rahimmu,
Air matamu
mengalir deras,
Kerongkongmu
kering,
Kakimu
kejang,
Aibmu membentangkan
tempat yang paling kau simpan,
Kini ditatap
percuma oleh arjuna bergelar doktor.
Hanya untuk
melahirkan aku, sesudah itu,
Dijahit pula
tempat aku dikeluarkan,
Dimarahi pula
pembantu doktor,
Katanya, “Ah,baru
sikit sudah terangkat badannya”
Sebulan, dua
bulan, kau makan tidak bermaya,
Pergi ke
tandas membuang air perit tak terkata.
Mengapa harus
aku faham kondisimu,
Kau
bekerja,kau penat.
Itu salah
kau.
Kau balik
perutmu berkeroncong lapar,
Rumah bagai
tongkah pecah.
Adik-adik
mengomel perut tidak diisi,
Aku masih di
atas katil melayan rakan mayaku,
Kau mulai
tinggi suara.
Aku mulai
rimas,
Dinding
dibaling barangan,protes kononnya.
Itu salah
kau.
Bukankah
sudah ditetapkan,
Orang tua
harus membiaya makan minum pakai anak?
Mengapa aku
pula harus pikul tanggungjawab itu.
Aku masih
belajar.
Ibu,
Ini semua
salahmu,
Aku tidak
bersalah,
Aku sudah
pandai membeda baik buruk,
Walau acap
kali aku ditimpa musibah dek ketidakmatanganku,
Aku kenal
benar dunia sekarang,
Kenal benar
sehingga acap kali aku ditipu rakan sebaya,
Aku sudah boleh
berdikari,
Berdikari
sangat sampai setiap bulan kau sasaran atm tidak ber’office hour’ku,
Kata-kata
kawan dituruti,sahabat lebih bermakna,
Kata-katamu
berlalu sepi, hanya berlagu pergi.
Ibu,
Kau yang
bersalah !!!
Mana mungkin
aku yang bersalah.
Ibu,
Sukar benar
aku mahu memohon maafmu,
Kau bukan
rakanku,jika benar salahku,pantas meminta ampunnya,
Kau bukan
teman istimewaku,
Setiap hari
kuperuntukkan waktu berjam lamanya bergayut ditalian,
Tatkala giliranmu?
Culas sahaja skripnya,
“Sibuk
menyiapkan tugasan”, “Letih”, “Punya urusan lain”.
Bukan aku
ingat tarikh lahirmu,
Malah setiap
tahun kuperuntukkan masa dan belanja untuk hari lahir temanku.
Acap tergugat
mulut mengurai kasih,
Akan tapi
bisa tega berhabis gunungan pahala buat yang bukan ajnabi,
Menyemak kembali
ruangan memori,
Kau tidak
pernah membahagiakanku,
Teman ramai
yang mengajarku tenggelam timbul kehidupan,
Tetapi katamu,
‘Ingat solat’
‘Jadi anak
yang soleh’
‘Biarlah ibu
kelaparan janji kalian kekenyangan’
‘Tidak
mengapa, biar ibu bersusah asal kalian bahagia’
‘Ciuman ibu
meluruh dosamu’
Ah! Basi!
Ibu,
Aku tahu kau
terasa hati.
Aku mahu
meminta maaf darimu,
Tapi, hanya
bayangan rohku sahaja yang pergi ke bilikmu,
Baring di
birai katil, tempat letaknya kakimu,
Usap kakimu ,
baring di situ,
Dan ucap, “Ibu,maaf”
Aku?
Ah! Aku masih
tetap di bilikku,
Membuka
profil facebook pria idamanku,
Mahu melihat
aktiviti hariannya,
Yang pergi
kepadamu, hanyalah bayanganku.
Bayangan…
yang tiada efek apapun ke atasmu..
Kini kau
sudah tiada,
Satu pintu
rahmat sudah tertutup,
Tiada yang
mahu manjakanku,
Mahu mengusap
lembut rambutku,
Memasak makanan
kegemaranku setiap kepulanganku,
Menghantar kiriman
SMS ucapan lahirku,
Membelikan hadiah
tidak tersangka,
Membela saat
kejatuhanku,
Menyata bangga
terhadapku,
Mengakui potensiku,
Mengingat setiap
kegemaranku,
Bergurau manja
denganku,
Memelukku saat
aku lemas,
Tiada siapa
yang mahu kubawa ke majlis penganugerahanku,
Mendoakanku,
Tiada siapa
yang aku mahu panggil ‘IBU’
Tiada siapa…
Ini semua
salahmu, I.B.U.
0 comments:
Post a Comment